KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Showing posts with label u-pustaka. Show all posts
Showing posts with label u-pustaka. Show all posts

Wednesday, 22 March 2023

Hari U-Pustaka 2023

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia, U-Pustaka

Sudahkan anda bersedia untuk bersama kami dalam sambutan HarI U-Pustaka pada 31 Mac 2023?

Pelbagai pengisian aktiviti menarik boleh disertai secara PERCUMA.

Ayuh sertai kami memeriahkan sambutan Hari U-Pustaka pada ketetapan berikut:

Tarikh: 31 Mac 2023 (Jumaat)

Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur dan secara dalam talian menerusi siaran PNM TV Channel di pautan berikut:

https://youtube.com/live/khqwjtDjBA4?feature=share

Jangan lupa daftar sebagai ahli U-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my


Kementerian Perpaduan Negara

Aaron Ago Anak Dagang

Jabatan Penerangan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Digital

#perpustakaannegaramalaysia #bangsamembacabangsaberjaya #upustakapemacunegaramembaca

#MalaysiaMembaca #MalaysiaMadani #KembaraPerpaduan #Perpaduan #KitaBersama #Unity #AaronAgoDagang #TanSriMohdZukiAli #NoridanAbdulRahim 

Monday, 20 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Bernama Library and Infolink Service (BLIS)

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)

Artikel 1:

Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.


[Tahap Akses : Akses seluruh negara. Sila klik pada pautan di bawah logo BLIS untuk memulakan akses.

Sila masukkan login dan password seperti berikut : Upustaka01 hingga Upustaka05 atau dari mylib10 hingga mylib20. Untuk makluman, password adalah sama dengan login yang telah anda pilih.

Kemudian tekan butang Login.

Harap maklum bahawa ahli u-Pustaka tidak dapat mengakses kandungan di bawah 2 menu iaitu Archival News & Who's Who kerana ia dihadkan hanya untuk diakses di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di premis Perpustakaan Awam Negeri sahaja atas sebab-sebab hakcipta, oleh pihak BERNAMA.

Kepada Pustakawan/petugas kaunter perkhidmatan di PNM dan di Perpustakaan Awam Negeri (PAN) , sila gunakan login dan password masing-masing sepertimana yang telah diberikan oleh pihak BERNAMA untuk mengakses semua kandungan di bawah BLIS].


[Panduan Akses :: Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB).

Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB).

Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.



Artikel 2:

Bernama Library & Infolink Service (BLIS) merupakan salah satu pangkalan data yang disediakan secara percuma kepada pembaca. Selain e-suratkhabar, ada juga koleksi teks ucapan orang kenamaan dan pelbagai fakta. Tahap akses seluruh negara Malaysia (selagi ada capaian internet).

Banyak maklumat yang mungkin membantu untuk kajian atau bacaan anda. Akses BLIS melalui www.u-pustaka.gov.my.

Terdapat dua cara 'login':

1. Melalui U-Pustakawww.u-pustaka.gov.my > E-Resources > Online Databases > BLIS


apabila dah login ke dalam U-Pustaka, pengguna akan "login" secara automatik ke dalam BLIS (sila rujuk lampiran).


2. Melalui laman web BLIS:  http://blis.bernama.com/index.php?mod=page&opt=home

username/ID: pilih salah satu dari Upustaka01 hingga Upustaka05 atau mylib10 hingga mylib30 

password: sama dengan username/ID

[Panduan Akses : Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB) . Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB) . Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.


Keterangan lanjut

Panduan akses

Sunday, 19 March 2023

Hebahan portal: Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


KLIK SINI: http://elmm.pnm.gov.my/

Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat

Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat iaitu Sistem e-LMM merupakan sistem yang bertujuan melestarikan pembelajaran sepanjang hayat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat.

PNM memperkenalkan sistem ini sebagai panduan dan pembelajaran kepada pengguna di Malaysia dalam menjadi masyarakat celik maklumat. Peringkat pembelajaran e-LMM merangkumi 3 tahap iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap merangkumi 6/7 modul kemahiran seperti berikut:

Modul 1: Mengenalpasti Keperluan Maklumat;

Modul 2: Pencarian Maklumat Berkesan;

Modul 3: Penilaian Maklumat;

Modul 4: Pengurusan Maklumat;

Modul 5: Etika Penggunaan Maklumat;

Modul 6: Penyebaran Maklumat; dan

Modul 7: Penciptaan Pengetahuan@Knowledge Creation (untuk Tahap Lanjutan sahaja). 

Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan dan mempelajari LMM melalui portal e-LMM. 

[Tahap akses]: Seluruh Negara. Klik pada pautan bawah logo untuk memulakan akses secara terus.


Saturday, 18 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Odilo - Unlimited Learning Ecosystem

 Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


KLIK SINI: https://pnm.odilo.us/

Odilo - Unlimited Learning Ecosystem

ODILO adalah peneraju terkemuka untuk perpustakaan pintar dan pembelajaran kolaboratif yang dianggap oleh banyak pihak sebagai "Netflix Untuk Pendidikan". ODILO secara eksklusif menawarkan pengalaman perpustakaan digital yang berciri Netflix. ODILO merangkumi 20,000 bahan bacaan dalam pelbagai bidang termasuk Kemahiran Insaniah, Kesihatan & Kesejahteraan, Perniagaan Umum & Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Sastera & Novel, Pekerjaan dan Kerjaya, Sains Umum, Pendidikan Awal, Novel Cina (Mandarin), dan beberapa e-majalah.

Tahap Akses:Seluruh Negara (hanya untuk ahli berdaftar u-Pustaka Sahaja. Sila klik pada logo dan DAFTAR terlebih dahulu untuk mengakses Odilo. Untuk lebih mudah mengakses, sila muat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih iaitu Odilo@u-Pustaka dari Google Play Store (untuk penggunaperanti Android) ATAU dari App Store (untuk pengguna peranti iPad/iPhone) . Pengguna boleh memuat turun e-Buku ke dalam telefon bimbit atau tablet masing-masing di mana ia boleh dibaca sama ada secara dalam talian ataupun di luar talian.
 

Panduan Mengakses:

Langkah 1 : Klik ODILO di sini: >> ODILO

Langkah 2 : Klik SIGN UP

Langkah 3 : Masukan maklumat peribadi anda

Langkah 4 : Klik link pendaftaran yang dihantar ke emel.

Langkah 5 : Kembali https://pnm.odilo.us untuk SIGN IN akaun baharu anda

 

Untuk lebih kefahaman, sila klik pada pautan berikut untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data ODILO : Video 1 | Video 2 | Video 3 (video ini tidak dapat dibuka, sila rujuk U-Pustaka

Selepas pendaftaran, satu emel pemberitahuan akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Contoh seperti berikut:

Estimado (NAMA USER BERDAFTAR) 

Hemos recibido una petición de creación de cuenta asociada a tu cuenta de correo. Verifique su cuenta para poder acceder a los diferentes servicios que le ofrece la plataforma PNM Digital Library

Verificar cuenta

Este es un mensaje automático, por favor no conteste a este correo. Si tiene alguna cuestión sobre esta notificación, por favor contacte con el Servicio de Asistencia Técnica.

Muchas gracias. 

Klik pada perkataan Verificar cuenta dalam emel anda untuk pengesahan atau verification dan boleh login terus ke dalam ODILO.

Friday, 17 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: J-Gate

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


KLIK SINI: https://jgateplus.com/search/login/
 

J-GATE adalah pangkalan data yang terdiri daripada Sains Asas, Sains Sosial & Pengurusan, Kejuruteraan & Teknologi dan Pakej Seni & Kemanusiaan. Pangkalan data merangkumi 9,000+ Jurnal (20 juta artikel) Koleksi Sains Asas, 12,000+ Jurnal (10 juta artikel) Koleksi Sains Sosial & Pengurusan, 10,000+ Jurnal (11 juta artikel) mengenai Koleksi Kejuruteraan & Teknologi DAN 8,000+ Jurnal (7 juta artikel) mengenai Koleksi Seni & Kemanusiaan. Secara keseluruhan, J-Gate membawa anda sekitar 35,000 Jurnal untuk keperluan penyelidikan dan kajian anda.
 

Tahap Akses :Seluruh Negara (untuk pengguna berdaftar u-Pustaka sahaja. Sila klik pada logo untuk akses secara terus.
 

Untuk akses luar dari premis PNM, sila gunakan username : pnmuser / Password : pnmuser652848824
 

Untuk lebih kefahaman, sila klik SINI untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data J-Gate.

Wednesday, 15 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Me Books

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia




Me Books

Terokai buku yang menarik untuk kanak-kanak dengan audio terbina dalam & disesuaikan. Dengan lebih daripada 400 buku kanak-kanak dari Oxford University Press, ELI Publishing (Italia), WickWick (Finland), Penguin dan Andersen Press. Dengarkan cerita dari tokoh terkenal dunia sekarang, dan nikmati kemampuan merakam suara anda sendiri!


Disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2-9 tahun.

Tahap Akses:Seluruh Negara (untuk pengguna berdaftar u-Pustaka sahaja). Sila klik pautan di bawah logo untuk mengakses secara langsung.


Me Books juga boleh diakses dengan memuat turun aplikasi Me Books ke dalam telefon pintar/tablet anda. Ini adalah pautan untuk muat turun aplikasi Me Books iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/Apple) ATAU GooglePlay Store (Untuk pengguna Android) .


Panduan Mengakses :

Langkah 1 : Klik Me Books logo atau pautan di bawah logo

Langkah 2 : Klik Register Here

Langkah 3 : Masukan maklumat peribadi anda

Langkah 4 : Masukan gift code (antara PNMMB00001 to PNMMB50000. Sila pilih gift code lain jika gift code sudah digunakan oleh pengguna lain.

Langkah 5 : Kembali pnm.mebooks.co/ untuk log in akaun baharu anda

 

Untuk lebih kefahaman, sila klik SINI untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data Me Books.

Tuesday, 14 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: eLib (e-Sentral)

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/) Perpustakaan Negara Malaysia

 

KLIK SINI: https://pnm.elib.com.my/

PNM e-Lib (e-Sentral)

PNM ELIB merupakan sebuah platfom peminjaman e-buku secara percuma yang ditawarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Xentral Methods. Melalui PNM ELIB, pengguna boleh mengakses lebih 8,000 judul dengan hampir 14,167 akses lesen kepada judul-judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara dimana sahaja tanpa perlu keluar rumah. Antara kategori judul yang terdapat di dalam PNM ELIB adalah romantik, New York Times bestsellers,  buku rujukan interaktif, motivasi, keagamaan, politik & sejarah dan banyak lagi. Pengguna hanya perlu mendaftar dan log masuk untuk mula meminjam e-buku. Kini pengguna boleh meminjam 5 naskah e-buku dalam satu masa dengan tempoh pinjaman 7 hari. 

 

[Tahap Akses: Akses di seluruh Negara. Klik pada logo untuk memulakan akses. Pengguna kali pertama perlu klik pada butang Register / Daftar di portal PNM eLib untuk mendaftar bagi membuka akaun peribadi masing-masing di portal PNM e-Lib. Sejurus selepas pendaftaran, anda boleh terus mulakan proses pencarian e-buku untuk dipinjam. ] 

 

Untuk lebih kefahaman, sila klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah bagaimana untuk mengakses pangkalan data PNM e-Lib. Anda juga boleh klik SINI untuk menonton video latihan penggunaan pangkalan data PNM E-LIb yang akan mengajarkan kepada anda, langkah demi langkah bagaimana untuk menjadi ahli, mengakses, meminjam dan membaca e-Buku di bawah PNM e-Lib, secara berkesan.

 

Keterangan lanjut 

Panduan akses

Monday, 13 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: BOND (Benchmarking Online Networking Database)

 Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/) Perpustakaan Negara Malaysia



KLIK SINI: BOND

Benchmarking Online Networking Database (BOND)

Benchmarking Online Networking Database (BOND) merupakan pangkalan data atau hub rujukan amalan terbaik dan pengukuran prestasi bagi membantu organisasi untuk mendapatkan maklumat mengenal amalan terbaik dan tanda aras yang diperlukan. Pangkalan data ini telah dibangunkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC). Sehingga kini, terdapat sejumlah 252 dokumen amalan terbaik telah dimuatnaik ke dalam portal BOND dengan hasrat untuk berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh organisasi cemerlang.

 

Tahap Akses: Percuma dan boleh diakses di seluruh negara (nationwide access). Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar seketika di portal BOND ini untuk membuka akaun peribadi masing-masing untuk mendapatkan akses. Sila klik pada logo / pautan BOND untuk memulakan pendaftaran bagi pembukaan akaun pengguna.

Kepada pengguna yang telah mendaftar, sila klik SINI untuk melog masuk ke sistem portal BOND dan memulakan akses.

(Akses Demo/Ujicuba bagi BOND: Login: sslpnm01 / Password: PNMBOND01).


Panduan akses

Friday, 10 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Mason Crest

 Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/) Perpustakaan Negara Malaysia


Mason Crest

Pangkalan Data Mason Crest E-Books mengandungi sebanyak 490 judul e-buku fiksyen dan bukan fiksyen terpilih serta buku-buku ilmiah dan kontemporari meliputi bidang seperti biografi, sukan, perubatan, keluarga, kesihatan, nutrisi, kerjaya dan kewangan, isu-isu semasa dan lain-lain. Kesemua
e-buku yang tersedia adalah terbitan luar negara dan dalam format `flipping e-book' dengan paparan isi kandungan penuh (full-text). Ia sesuai untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa dari lingkungan usia 10 tahun ke atas. Kemudahan enjin carian berdasarkan kata kunci (keyword search), fungsi bookmark, copy & paste, paparan skrin penuh tersedia untuk para pembaca.


[ Tahap Akses: Akses seluruh negara. Klik pada logo atau pautan Mason Crest untuk akses secara terus (EZ Proxy). Untuk akses alternatif, sila klik SINI dan kemudian sila gunakan login/password berikut - Login : pnmuser / Password: mcrest2016 ]

 

Untuk lebih kefahaman, sila klik SINI untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data Mason Crest.]


Monday, 27 February 2023

Alkem Digital Library @ U-Pustaka

 Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/Perpustakaan Negara Malaysia


Alkem DigitalLibrary.

Pelbagai judul e-buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit terkemuka di seluruh dunia tersedia untuk diakses dalam talian. Anda juga boleh mengakses ALKEM DIGITAL LIBRARY melalui tablet atau telefon pintar.

[Tahap Akses: Akses seluruh negara (Langganan Kekal - 5,506 judul e-Buku 130 artikel dan 117 video). Akses hanya diberikan kepada ahli u-Pustaka yang berdaftar sahaja. Klik pada logo Alkem Digital Library di atas untuk memulakan akses secara terus (melalui EZ Proxy). Alternatif akses yang lain, anda boleh klik SINI .


Kemudian, sila ke log masuk dengan menggunakan mana-mana satu nama pengguna yang disediakan apabila diminta oleh sistem portal Alkem: (Nota: Password adalah sama dengan login yang dipilih. Cth: Jika anda menggunakan PNM082 sebagai nama pengguna, kata laluan anda ialah: PNM082. Begitulah seterusnya).


Username & Password :

Wilayah Persekutuan : PNM001 - PNM100

Perlis : PLS101 - PLS150

Kedah : KDH151 - KDH200

Pulau Pinang : PNG201 - PNG250

Perak : PRK251 - PRK300

Selangor : SGR301 - SGR350

Negeri Sembilan : NSN351 - NSN400

Kelantan : KTN401 - KTN450

Pahang : PHG451 - PHG500

Terengganu : TGR501 - TGR550

Melaka : MLK551 - MLK600

Johor : JHR601 - JHR650

Sabah : SBH651 - SBH700

Sarawak : SRW701 - SRW750

 

Untuk lebih kefahaman, sila klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah bagaimana untuk mengakses pangkalan data Alkem Digital Library.

https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1LtkV5sCudC0BaUhgVQ7qPDXPmf1BV4YL

 
Cara untuk capaian:

https://www.u-library.gov.my/portal/o/u-Pustaka_Portlets-portlet/OnlineDatabaseLoader?recId=2934

Monday, 13 February 2023

Bernama Library & Infolink Service (BLIS) @ U-Pustaka

Bernama Library & Infolink Service (BLIS) Kunjungi U-Pustaka untuk dapatkan lebih banyak maklumat. merupakan salah satu pangkalan data yang disediakan secara percuma kepada pembaca. Selain e-suratkhabar, ada juga koleksi teks ucapan orang kenamaan dan pelbagai fakta. Tahap akses seluruh negara Malaysia (selagi ada capaian internet).

Banyak maklumat yang mungkin membantu untuk kajian atau bacaan anda. Akses BLIS melalui www.u-pustaka.gov.my

Terdapat dua cara 'login':

1. Melalui U-Pustaka :  www.u-pustaka.gov.my > E-Resources > Online Databases > blis


apabila dah login ke dalam U-Pustaka, pengguna akan "login" secara automatik ke dalam blis

Ikuti panduan di pautan berikut:

Versi Bahasa Malaysia: https://www.u-library.gov.my/portal/o/u-Pustaka_Portlets-portlet/OnlineDatabaseLoader?recId=2401


Versi Bahasa Inggeris: https://www.u-library.gov.my/portal/o/u-Pustaka_Portlets-portlet/OnlineDatabaseLoader?recId=2631



2. Melalui laman web blis:  http://blis.bernama.com/index.php?mod=page&opt=home


Username/ID: 
pilih salah satu dari Upustaka01 hingga Upustaka05 atau mylib10 hingga mylib30

password: sama dengan username/ID


Thursday, 2 April 2020

Perpustakaan Digital PNM

Minda perlu sihat untuk menjalani kehidupan yang sihat. Membaca adalah vitamin minda. #dudukdirumah dan teruskan membaca. Dapatkan e-buku, e-majalah dan e-surat khabar percuma di www.u-pustaka.gov.my

#stayathome
#siladudukrumahdanbacabuku