KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Monday 20 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Bernama Library and Infolink Service (BLIS)

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)

Artikel 1:

Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.


[Tahap Akses : Akses seluruh negara. Sila klik pada pautan di bawah logo BLIS untuk memulakan akses.

Sila masukkan login dan password seperti berikut : Upustaka01 hingga Upustaka05 atau dari mylib10 hingga mylib20. Untuk makluman, password adalah sama dengan login yang telah anda pilih.

Kemudian tekan butang Login.

Harap maklum bahawa ahli u-Pustaka tidak dapat mengakses kandungan di bawah 2 menu iaitu Archival News & Who's Who kerana ia dihadkan hanya untuk diakses di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di premis Perpustakaan Awam Negeri sahaja atas sebab-sebab hakcipta, oleh pihak BERNAMA.

Kepada Pustakawan/petugas kaunter perkhidmatan di PNM dan di Perpustakaan Awam Negeri (PAN) , sila gunakan login dan password masing-masing sepertimana yang telah diberikan oleh pihak BERNAMA untuk mengakses semua kandungan di bawah BLIS].


[Panduan Akses :: Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB).

Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB).

Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.



Artikel 2:

Bernama Library & Infolink Service (BLIS) merupakan salah satu pangkalan data yang disediakan secara percuma kepada pembaca. Selain e-suratkhabar, ada juga koleksi teks ucapan orang kenamaan dan pelbagai fakta. Tahap akses seluruh negara Malaysia (selagi ada capaian internet).

Banyak maklumat yang mungkin membantu untuk kajian atau bacaan anda. Akses BLIS melalui www.u-pustaka.gov.my.

Terdapat dua cara 'login':

1. Melalui U-Pustakawww.u-pustaka.gov.my > E-Resources > Online Databases > BLIS


apabila dah login ke dalam U-Pustaka, pengguna akan "login" secara automatik ke dalam BLIS (sila rujuk lampiran).


2. Melalui laman web BLIS:  http://blis.bernama.com/index.php?mod=page&opt=home

username/ID: pilih salah satu dari Upustaka01 hingga Upustaka05 atau mylib10 hingga mylib30 

password: sama dengan username/ID

[Panduan Akses : Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB) . Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB) . Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.


Keterangan lanjut

Panduan akses

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.