Perpustakaan Planetarium Negara
KL Weather Forecast
PN Google Calendar
Monday, 12 October 2026
Makluman Penutupan Tayangan Teater Angkasa - 19-20 Oktober 2026
Monday, 14 September 2026
PENDAFTARAN SPACE HARVEST IDEATHON 2026/2027 KINI DIBUKA
![]()
ANDA ADA IDEA UNTUK MENANAM TUMBUHAN DI ANGKASA? ![]()
![]()
Pernah terfikir… apakah tumbuhan yang sesuai ditanam di angkasa dan bagaimanakah kita boleh menanamnya? ![]()
![]()
![]()
![]()
Kini, anda boleh kongsikan idea anda!
PENDAFTARAN SPACE HARVEST IDEATHON 2026/2027 KINI DIBUKA!
Jom cetuskan idea inovatif anda tentang penghasilan makanan di angkasa lepas untuk menyokong penerokaan angkasa oleh manusia pada masa hadapan — termasuk di orbit Bumi rendah (LEO), Bulan dan Marikh!
ANDA BOLEH PILIH SALAH SATU ATAU SERTAI KEDUA-DUA CABARAN BERIKUT:
PEMILIHAN TUMBUHAN (WHAT TO GROW)
Apakah jenis tumbuhan yang paling sesuai ditanam di angkasa?
Umur: 7–25 tahun
Penyertaan: Individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang)
Tarikh tutup: 15 Oktober 2026![]()
KAEDAH PENANAMAN (HOW TO GROW)
Bagaimanakah tumbuhan boleh ditanam dan menghasilkan makanan dalam persekitaran angkasa?
Umur: 13–25 tahun
Penyertaan: Individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang)
Tarikh tutup: 30 April 2027
SYARAT PENYERTAAN, MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN:
Layari https://sites.google.com/.../spaceharvest/bahasa-melayu... atau imbas Kod QR pada poster untuk mendaftar.
Program ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Penyertaan peringkat Malaysia diselaraskan oleh Planetarium Negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). ![]()
Cetuskan idea. Reka masa depan. Tanam makanan di angkasa! ![]()
Mungkin idea anda akan sampai ke angkasa! ![]()
![]()
Idea dan cadangan eksperimen terbaik berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai tema eksperimen angkasa lepas pada masa hadapan. ![]()
![]()
#SpaceHarvestIdeathon #PlanetariumNegara #MYSA #MOSTI #MalaysiaMADANI #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #SainsAngkasaUntukSemua #STEM #SpaceFood #SpaceScience #FutureSpaceExploration
Monday, 31 August 2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Monday, 24 August 2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”
Planetarium Negara mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.
Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW menjadi teladan dalam membentuk akhlak mulia, kecintaan terhadap ilmu, serta semangat menuntut pengetahuan demi kemaslahatan ummah.
Marilah kita menyemai budaya ilmu dan menjadikan sains, teknologi dan inovasi sebagai wahana untuk meneroka keajaiban ciptaan Allah SWT, memperkasa generasi masa hadapan serta membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.
Ikhlas daripada seluruh warga Planetarium Negara.
#PlanetariumNegara #MOSTI #MalaysiaMADANI #MaulidurRasul1448H #MADANIDihayatiUmmahDiberkati #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #STEM



