KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Monday, 14 September 2026

PENDAFTARAN SPACE HARVEST IDEATHON 2026/2027 KINI DIBUKA

 


🚀🌱 ANDA ADA IDEA UNTUK MENANAM TUMBUHAN DI ANGKASA? 🌱🚀
Pernah terfikir… apakah tumbuhan yang sesuai ditanam di angkasa dan bagaimanakah kita boleh menanamnya? 🌱🛰️🌙🔴
Kini, anda boleh kongsikan idea anda!

📣 PENDAFTARAN SPACE HARVEST IDEATHON 2026/2027 KINI DIBUKA!

Jom cetuskan idea inovatif anda tentang penghasilan makanan di angkasa lepas untuk menyokong penerokaan angkasa oleh manusia pada masa hadapan — termasuk di orbit Bumi rendah (LEO), Bulan dan Marikh!

💡 ANDA BOLEH PILIH SALAH SATU ATAU SERTAI KEDUA-DUA CABARAN BERIKUT:

🌱 PEMILIHAN TUMBUHAN (WHAT TO GROW)
Apakah jenis tumbuhan yang paling sesuai ditanam di angkasa?
👦 Umur: 7–25 tahun
👥 Penyertaan: Individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang)
📅 Tarikh tutup: 15 Oktober 2026

👩‍🚀🌿 KAEDAH PENANAMAN (HOW TO GROW)
Bagaimanakah tumbuhan boleh ditanam dan menghasilkan makanan dalam persekitaran angkasa?
👦 Umur: 13–25 tahun
👥 Penyertaan: Individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang)
📅 Tarikh tutup: 30 April 2027

📝 SYARAT PENYERTAAN, MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN:
Layari https://sites.google.com/.../spaceharvest/bahasa-melayu... atau imbas Kod QR pada poster untuk mendaftar.

🌏 Program ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Penyertaan peringkat Malaysia diselaraskan oleh Planetarium Negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). 🤝

✨ Cetuskan idea. Reka masa depan. Tanam makanan di angkasa! 🚀🌱 Mungkin idea anda akan sampai ke angkasa! 🛰️🌙🔴 Idea dan cadangan eksperimen terbaik berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai tema eksperimen angkasa lepas pada masa hadapan. 🤩🛰️

#SpaceHarvestIdeathon #PlanetariumNegara #MYSA #MOSTI #MalaysiaMADANI #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #SainsAngkasaUntukSemua #STEM #SpaceFood #SpaceScience #FutureSpaceExploration