KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Saturday, 7 November 2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026!


 

🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026! 🪔

Semoga perayaan Deepavali yang penuh cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.

Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus menyemarakkan nilai perpaduan, saling menghormati dan keharmonian dalam kepelbagaian masyarakat. Planetarium Negara sentiasa komited untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Ikhlas daripada seluruh warga Planetarium Negara.

Selamat Hari Deepavali! ✨

#PlanetariumNegara #MOSTI #MalaysiaMADANI #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #SainsAngkasaUntukSemua 

Friday, 6 November 2026

Program istimewa HELIO RUSH 2026 - 21 November 2026


 

🚀🤖 CUTI HUJUNG MINGGU LEBIH WOW DENGAN HELIO RUSH 2026! 🌟

Anak-anak minat robotik dan cabaran teknologi? Inilah peluang untuk mereka mengasah kreativiti, menguji kemahiran dan menyerlahkan semangat berpasukan!

Kali ini, Planet Kidz, Planetarium Negara membawakan program istimewa HELIO RUSH 2026, sebuah pertandingan robotik yang menjanjikan pengalaman penuh cabaran dan keseronokan! 🤖

🏆 Lebih menarik, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik! 🎁

📅 Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Planetarium Negara, Kuala Lumpur
⏰ Pilihan sesi:

* Sesi 1: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
* Sesi 2: 1.30 petang – 5.00 petang

👥 Penyertaan: 1 kumpulan terdiri daripada 2 orang, iaitu seorang kanak-kanak berumur 10–14 tahun bersama seorang ibu bapa atau penjaga.

📲 Pendaftaran: Imbas kod QR pada poster. Penyertaan adalah terhad!

✨ Ayuh sertai HELIO RUSH 2026 dan jadikan hujung minggu lebih bermakna dengan pengalaman robotik yang menyeronokkan!

JOM SERTAI HELIO RUSH 2026! 🚀
#PlanetariumNegara #MOSTI #HelioRush #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #MalaysiaMADANI