KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Friday, 1 May 2026

Selamat Hari Pekerja 2026!

 


Selamat Hari Pekerja 2026!

Setiap usaha, setiap idea, dan setiap langkah anda adalah pemacu kepada kemajuan negara. Sama ada di bumi atau meneroka angkasa, anda adalah inspirasi masa depan.
Terus melangkah, terus menyinar.

Pekerja Madani, Kesuma Bangsa.

#planetariumnegara #mosti
#terukirdibintang #keytothespace #astronomi360
#MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusPerdanakanInovasi
#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #TaatSetia #RancakkanMADANI

Tuesday, 21 April 2026

Astro Sparkz, 23-24 Mei 2026


 

🔥 Program yang dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali!

🚀 **Astro Sparkz: Bermalam di Planetarium Negara**
📅 23 – 24 Mei 2026

Rasai pengalaman eksklusif meneroka dunia astronomi melalui modul interaktif, aktiviti hands-on, dan pembelajaran yang menyeronokkan.

📌 **Pendaftaran kini dibuka**
Daftar sekarang melalui pautan:
https://forms.gle/3BWocsRKzbqjqa7P9
atau imbas kod QR pada poster.

⏳ Tarikh tutup pendaftaran: **1 Mei 2026**
atau sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
⚠️ Tempat adalah terhad.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk belajar, meneroka dan merasai pengalaman unik di Planetarium Negara!

#AstroSpark #planetariumnegara #mosti
#terukirdibintang #keytothespace #astronomi360
#MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusPerdanakanInovasi
#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #TaatSetia #RancakkanMADANI #Bersama

PENDAFTARAN MALAYSIA ROCKET CANSAT COMPETITION (MRCC) 2026 KINI DIBUKA

 


PENDAFTARAN MALAYSIA ROCKET CANSAT COMPETITION (MRCC) 2026 KINI DIBUKA
Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 merupakan satu pertandingan anjuran Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama HEMREL-High Energy Material Research Laboratory Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pertandingan ini merupakan satu platform untuk para pelajar mendapat pendedahan mengenai asas kejuruteraan roket serta mengaplikasikan kemahiran dan pemikiran kritikal dalam mereka bentuk, membina, menguji serta melancarkan roket mengikut piawaian pertandingan.
Butiran Penyertaan:
🔴 Tarikh Pendaftaran: 12 Mac 2026 – 30 April 2026
👥 Kategori Peserta: Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan Universiti.
🚀 Kategori Pertandingan: Terdapat lima (5) kategori yang dipertandingkan, merangkumi Roket Bahan Api Pepejal (Solid Fuel Rocket), Roket CanSat (Can Satellite Rocket), dan Roket Air (Water Rocket).
Sila imbas kod QR yang tertera pada poster atau layari https://tinyurl.com/MRCC2026 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan.
Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Markah PAJSK peringkat Kebangsaan akan diberikan kepada peserta.
Penyertaan adalah PERCUMA!
Tarikh Pendaftaran dilanjutkan sehingga 30 April 2026 (6.00 petang)