KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Monday, 14 September 2026

PENDAFTARAN SPACE HARVEST IDEATHON 2026/2027 KINI DIBUKA

 


πŸš€πŸŒ± ANDA ADA IDEA UNTUK MENANAM TUMBUHAN DI ANGKASA? πŸŒ±πŸš€
Pernah terfikir… apakah tumbuhan yang sesuai ditanam di angkasa dan bagaimanakah kita boleh menanamnya? πŸŒ±πŸ›°️πŸŒ™πŸ”΄
Kini, anda boleh kongsikan idea anda!

πŸ“£ PENDAFTARAN SPACE HARVEST IDEATHON 2026/2027 KINI DIBUKA!

Jom cetuskan idea inovatif anda tentang penghasilan makanan di angkasa lepas untuk menyokong penerokaan angkasa oleh manusia pada masa hadapan — termasuk di orbit Bumi rendah (LEO), Bulan dan Marikh!

πŸ’‘ ANDA BOLEH PILIH SALAH SATU ATAU SERTAI KEDUA-DUA CABARAN BERIKUT:

🌱 PEMILIHAN TUMBUHAN (WHAT TO GROW)
Apakah jenis tumbuhan yang paling sesuai ditanam di angkasa?
πŸ‘¦ Umur: 7–25 tahun
πŸ‘₯ Penyertaan: Individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang)
πŸ“… Tarikh tutup: 15 Oktober 2026

πŸ‘©‍πŸš€πŸŒΏ KAEDAH PENANAMAN (HOW TO GROW)
Bagaimanakah tumbuhan boleh ditanam dan menghasilkan makanan dalam persekitaran angkasa?
πŸ‘¦ Umur: 13–25 tahun
πŸ‘₯ Penyertaan: Individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang)
πŸ“… Tarikh tutup: 30 April 2027

πŸ“ SYARAT PENYERTAAN, MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN:
Layari https://sites.google.com/.../spaceharvest/bahasa-melayu... atau imbas Kod QR pada poster untuk mendaftar.

🌏 Program ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Penyertaan peringkat Malaysia diselaraskan oleh Planetarium Negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). πŸ€

✨ Cetuskan idea. Reka masa depan. Tanam makanan di angkasa! πŸš€πŸŒ± Mungkin idea anda akan sampai ke angkasa! πŸ›°️πŸŒ™πŸ”΄ Idea dan cadangan eksperimen terbaik berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai tema eksperimen angkasa lepas pada masa hadapan. πŸ€©πŸ›°️

#SpaceHarvestIdeathon #PlanetariumNegara #MYSA #MOSTI #MalaysiaMADANI #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #SainsAngkasaUntukSemua #STEM #SpaceFood #SpaceScience #FutureSpaceExploration

No comments:

Post a Comment