25 Mac 2020 - Bagi menyokong dan mendukung sasaran Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai 16,000 ujian sehari bermula
April ini, MOSTI telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu Pasukan
Khas Saringan COVID-19 bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
➡️
10 buah makmal diagnostik di seluruh negara iaitu di institut pengajian
tinggi, hospital universiti dan institut penyelidikan di bawah MOSTI
(iaitu sebuah makmal bergerak).
➡️
Kesemua makmal ini mampu melaksanakan sebanyak 1,414 ujian sehari. Ini
bermakna sebanyak 42,420 ujian saringan akan dilaksanakan oleh institut
penyelidikan dan IPT dalam tempoh 30 hari bagi membantu meringankan
beban KKM.
Selain itu, selaras dengan pelanjutan Perintah
Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 seperti diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri, MOSTI sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi
mengekang penularan wabak ini. Antaranya:
➡️
Mempercepatkan proses penilaian kit ujian diagnostik COVID-19 yang
dibangunkan oleh syarikat Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd.
(Mediven) yang dibiayai menerusi Malaysia Technology Development
Corporation (MTDC).
➡️
Membangunkan aplikasi pemetaan kawasan penularan COVID-19 yang akan
membantu pihak berkuasa melakukan pemantauan yang lebih rapi serta
sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai untuk menjauhi kawasan
terlibat.
Diharapkan usaha ini dapat dilaksanakan secara
berkesan kerana tugas menangani wabak COVID-19 ini bukan terletak di
bahu KKM semata-mata tetapi perlu turut digalas oleh semua agensi
kerajaan dan masyarakat.
.
#mosti
#perangiCOVID19