KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Wednesday, 22 March 2023

Hari U-Pustaka 2023

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia, U-Pustaka

Sudahkan anda bersedia untuk bersama kami dalam sambutan HarI U-Pustaka pada 31 Mac 2023?

Pelbagai pengisian aktiviti menarik boleh disertai secara PERCUMA.

Ayuh sertai kami memeriahkan sambutan Hari U-Pustaka pada ketetapan berikut:

Tarikh: 31 Mac 2023 (Jumaat)

Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur dan secara dalam talian menerusi siaran PNM TV Channel di pautan berikut:

https://youtube.com/live/khqwjtDjBA4?feature=share

Jangan lupa daftar sebagai ahli U-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my


Kementerian Perpaduan Negara

Aaron Ago Anak Dagang

Jabatan Penerangan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Digital

#perpustakaannegaramalaysia #bangsamembacabangsaberjaya #upustakapemacunegaramembaca

#MalaysiaMembaca #MalaysiaMadani #KembaraPerpaduan #Perpaduan #KitaBersama #Unity #AaronAgoDagang #TanSriMohdZukiAli #NoridanAbdulRahim 

Monday, 20 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Bernama Library and Infolink Service (BLIS)

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)

Artikel 1:

Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.


[Tahap Akses : Akses seluruh negara. Sila klik pada pautan di bawah logo BLIS untuk memulakan akses.

Sila masukkan login dan password seperti berikut : Upustaka01 hingga Upustaka05 atau dari mylib10 hingga mylib20. Untuk makluman, password adalah sama dengan login yang telah anda pilih.

Kemudian tekan butang Login.

Harap maklum bahawa ahli u-Pustaka tidak dapat mengakses kandungan di bawah 2 menu iaitu Archival News & Who's Who kerana ia dihadkan hanya untuk diakses di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di premis Perpustakaan Awam Negeri sahaja atas sebab-sebab hakcipta, oleh pihak BERNAMA.

Kepada Pustakawan/petugas kaunter perkhidmatan di PNM dan di Perpustakaan Awam Negeri (PAN) , sila gunakan login dan password masing-masing sepertimana yang telah diberikan oleh pihak BERNAMA untuk mengakses semua kandungan di bawah BLIS].


[Panduan Akses :: Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB).

Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB).

Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.



Artikel 2:

Bernama Library & Infolink Service (BLIS) merupakan salah satu pangkalan data yang disediakan secara percuma kepada pembaca. Selain e-suratkhabar, ada juga koleksi teks ucapan orang kenamaan dan pelbagai fakta. Tahap akses seluruh negara Malaysia (selagi ada capaian internet).

Banyak maklumat yang mungkin membantu untuk kajian atau bacaan anda. Akses BLIS melalui www.u-pustaka.gov.my.

Terdapat dua cara 'login':

1. Melalui U-Pustakawww.u-pustaka.gov.my > E-Resources > Online Databases > BLIS


apabila dah login ke dalam U-Pustaka, pengguna akan "login" secara automatik ke dalam BLIS (sila rujuk lampiran).


2. Melalui laman web BLIS:  http://blis.bernama.com/index.php?mod=page&opt=home

username/ID: pilih salah satu dari Upustaka01 hingga Upustaka05 atau mylib10 hingga mylib30 

password: sama dengan username/ID

[Panduan Akses : Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB) . Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB) . Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.


Keterangan lanjut

Panduan akses

Sunday, 19 March 2023

Hebahan portal: Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat

Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


KLIK SINI: http://elmm.pnm.gov.my/

Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat

Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat iaitu Sistem e-LMM merupakan sistem yang bertujuan melestarikan pembelajaran sepanjang hayat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat.

PNM memperkenalkan sistem ini sebagai panduan dan pembelajaran kepada pengguna di Malaysia dalam menjadi masyarakat celik maklumat. Peringkat pembelajaran e-LMM merangkumi 3 tahap iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap merangkumi 6/7 modul kemahiran seperti berikut:

Modul 1: Mengenalpasti Keperluan Maklumat;

Modul 2: Pencarian Maklumat Berkesan;

Modul 3: Penilaian Maklumat;

Modul 4: Pengurusan Maklumat;

Modul 5: Etika Penggunaan Maklumat;

Modul 6: Penyebaran Maklumat; dan

Modul 7: Penciptaan Pengetahuan@Knowledge Creation (untuk Tahap Lanjutan sahaja). 

Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan dan mempelajari LMM melalui portal e-LMM. 

[Tahap akses]: Seluruh Negara. Klik pada pautan bawah logo untuk memulakan akses secara terus.


Saturday, 18 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: Odilo - Unlimited Learning Ecosystem

 Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia


KLIK SINI: https://pnm.odilo.us/

Odilo - Unlimited Learning Ecosystem

ODILO adalah peneraju terkemuka untuk perpustakaan pintar dan pembelajaran kolaboratif yang dianggap oleh banyak pihak sebagai "Netflix Untuk Pendidikan". ODILO secara eksklusif menawarkan pengalaman perpustakaan digital yang berciri Netflix. ODILO merangkumi 20,000 bahan bacaan dalam pelbagai bidang termasuk Kemahiran Insaniah, Kesihatan & Kesejahteraan, Perniagaan Umum & Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Sastera & Novel, Pekerjaan dan Kerjaya, Sains Umum, Pendidikan Awal, Novel Cina (Mandarin), dan beberapa e-majalah.

Tahap Akses:Seluruh Negara (hanya untuk ahli berdaftar u-Pustaka Sahaja. Sila klik pada logo dan DAFTAR terlebih dahulu untuk mengakses Odilo. Untuk lebih mudah mengakses, sila muat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih iaitu Odilo@u-Pustaka dari Google Play Store (untuk penggunaperanti Android) ATAU dari App Store (untuk pengguna peranti iPad/iPhone) . Pengguna boleh memuat turun e-Buku ke dalam telefon bimbit atau tablet masing-masing di mana ia boleh dibaca sama ada secara dalam talian ataupun di luar talian.
 

Panduan Mengakses:

Langkah 1 : Klik ODILO di sini: >> ODILO

Langkah 2 : Klik SIGN UP

Langkah 3 : Masukan maklumat peribadi anda

Langkah 4 : Klik link pendaftaran yang dihantar ke emel.

Langkah 5 : Kembali https://pnm.odilo.us untuk SIGN IN akaun baharu anda

 

Untuk lebih kefahaman, sila klik pada pautan berikut untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data ODILO : Video 1 | Video 2 | Video 3 (video ini tidak dapat dibuka, sila rujuk U-Pustaka

Selepas pendaftaran, satu emel pemberitahuan akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Contoh seperti berikut:

Estimado (NAMA USER BERDAFTAR) 

Hemos recibido una petición de creación de cuenta asociada a tu cuenta de correo. Verifique su cuenta para poder acceder a los diferentes servicios que le ofrece la plataforma PNM Digital Library

Verificar cuenta

Este es un mensaje automático, por favor no conteste a este correo. Si tiene alguna cuestión sobre esta notificación, por favor contacte con el Servicio de Asistencia Técnica.

Muchas gracias. 

Klik pada perkataan Verificar cuenta dalam emel anda untuk pengesahan atau verification dan boleh login terus ke dalam ODILO.