KL Weather Forecast
PN Google Calendar
Saturday, 25 March 2023
Wednesday, 22 March 2023
Hari U-Pustaka 2023
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia, U-Pustaka
Sudahkan anda bersedia untuk bersama kami dalam sambutan HarI U-Pustaka pada 31 Mac 2023?
Pelbagai pengisian aktiviti menarik boleh disertai secara PERCUMA.
Ayuh sertai kami memeriahkan sambutan Hari U-Pustaka pada ketetapan berikut:
Tarikh: 31 Mac 2023 (Jumaat)
Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur dan secara dalam talian menerusi siaran PNM TV Channel di pautan berikut:
https://youtube.com/live/khqwjtDjBA4?feature=share
Jangan lupa daftar sebagai ahli U-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my
Kementerian Perpaduan Negara
Aaron Ago Anak Dagang
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Digital
#perpustakaannegaramalaysia #bangsamembacabangsaberjaya #upustakapemacunegaramembaca
#MalaysiaMembaca #MalaysiaMadani #KembaraPerpaduan #Perpaduan #KitaBersama #Unity #AaronAgoDagang #TanSriMohdZukiAli #NoridanAbdulRahim
Monday, 20 March 2023
Hebahan Pangkalan Data: Bernama Library and Infolink Service (BLIS)
Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)
Artikel 1:
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.
[Tahap Akses : Akses seluruh negara. Sila klik pada pautan di bawah logo BLIS untuk memulakan akses.
Sila masukkan login dan password seperti berikut : Upustaka01 hingga Upustaka05 atau dari mylib10 hingga mylib20. Untuk makluman, password adalah sama dengan login yang telah anda pilih.
Kemudian tekan butang Login.
Harap maklum bahawa ahli u-Pustaka tidak dapat mengakses kandungan di bawah 2 menu iaitu Archival News & Who's Who kerana ia dihadkan hanya untuk diakses di dalam premis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di premis Perpustakaan Awam Negeri sahaja atas sebab-sebab hakcipta, oleh pihak BERNAMA.
Kepada Pustakawan/petugas kaunter perkhidmatan di PNM dan di Perpustakaan Awam Negeri (PAN) , sila gunakan login dan password masing-masing sepertimana yang telah diberikan oleh pihak BERNAMA untuk mengakses semua kandungan di bawah BLIS].
[Panduan Akses :: Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB).
Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB).
Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.
Artikel 2:
Bernama Library & Infolink Service (BLIS) merupakan salah satu pangkalan data yang disediakan secara percuma kepada pembaca. Selain e-suratkhabar, ada juga koleksi teks ucapan orang kenamaan dan pelbagai fakta. Tahap akses seluruh negara Malaysia (selagi ada capaian internet).
Banyak maklumat yang mungkin membantu untuk kajian atau bacaan anda. Akses BLIS melalui www.u-pustaka.gov.my.
Terdapat dua cara 'login':
1. Melalui U-Pustaka: www.u-pustaka.gov.my > E-Resources > Online Databases > BLIS
apabila dah login ke dalam U-Pustaka, pengguna akan "login" secara automatik ke dalam BLIS (sila rujuk lampiran).
2. Melalui laman web BLIS: http://blis.bernama.com/index.php?mod=page&opt=home
username/ID: pilih salah satu dari Upustaka01 hingga Upustaka05 atau mylib10 hingga mylib30
password: sama dengan username/ID
[Panduan Akses : Sila klik SINI untuk memuat turun dan membaca Manual Panduan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (Dalam Bahasa Inggeris - PDF - 1.06 MB) . Klik SINI untuk memuat turun brosur pangkalan data BLIS (Versi Bahasa Inggeris - PDF - 1.12 MB) . Klik SINI untuk menonton video panduan langkah demi langkah tatacara akses pangkalan data BLIS.
Sunday, 19 March 2023
Hebahan portal: Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat
Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia
KLIK SINI: http://elmm.pnm.gov.my/
Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat
Sistem Pembelajaran Kendiri Literasi Media dan Maklumat
iaitu Sistem e-LMM merupakan sistem yang bertujuan melestarikan pembelajaran
sepanjang hayat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat.
PNM memperkenalkan sistem ini sebagai panduan dan
pembelajaran kepada pengguna di Malaysia dalam menjadi masyarakat celik
maklumat. Peringkat pembelajaran e-LMM merangkumi 3 tahap iaitu Asas,
Pertengahan dan Lanjutan. Setiap tahap merangkumi 6/7 modul kemahiran seperti
berikut:
Modul 1: Mengenalpasti Keperluan Maklumat;
Modul 2: Pencarian Maklumat Berkesan;
Modul 3: Penilaian Maklumat;
Modul 4: Pengurusan Maklumat;
Modul 5: Etika Penggunaan Maklumat;
Modul 6: Penyebaran Maklumat; dan
Modul 7: Penciptaan Pengetahuan@Knowledge Creation (untuk
Tahap Lanjutan sahaja).
Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan
dan mempelajari LMM melalui portal e-LMM.
[Tahap akses]: Seluruh Negara. Klik pada pautan bawah logo untuk memulakan akses secara terus.
Saturday, 18 March 2023
Hebahan Pangkalan Data: Odilo - Unlimited Learning Ecosystem
Sumber: U-Pustaka (https://www.u-library.gov.my/)Perpustakaan Negara Malaysia
KLIK SINI: https://pnm.odilo.us/
Odilo - Unlimited Learning Ecosystem
ODILO adalah peneraju terkemuka untuk perpustakaan pintar
dan pembelajaran kolaboratif yang dianggap oleh banyak pihak sebagai
"Netflix Untuk Pendidikan". ODILO secara eksklusif menawarkan
pengalaman perpustakaan digital yang berciri Netflix. ODILO merangkumi 20,000
bahan bacaan dalam pelbagai bidang termasuk Kemahiran Insaniah, Kesihatan &
Kesejahteraan, Perniagaan Umum & Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang
Hayat, Sastera & Novel, Pekerjaan dan Kerjaya, Sains Umum, Pendidikan Awal,
Novel Cina (Mandarin), dan beberapa e-majalah.
Tahap Akses:Seluruh Negara (hanya untuk ahli berdaftar
u-Pustaka Sahaja. Sila klik pada logo dan DAFTAR terlebih dahulu untuk
mengakses Odilo. Untuk lebih mudah mengakses, sila muat turun dan pasangkan
aplikasi mudahalih iaitu Odilo@u-Pustaka dari Google Play Store (untuk penggunaperanti Android) ATAU dari App Store (untuk pengguna peranti iPad/iPhone) .
Pengguna boleh memuat turun e-Buku ke dalam telefon bimbit atau tablet
masing-masing di mana ia boleh dibaca sama ada secara dalam talian ataupun di
luar talian.
Panduan Mengakses:
Langkah 1 : Klik ODILO di sini: >> ODILO
Langkah 2 : Klik SIGN UP
Langkah 3 : Masukan maklumat peribadi anda
Langkah 4 : Klik link pendaftaran yang dihantar ke emel.
Langkah 5 : Kembali https://pnm.odilo.us untuk SIGN IN akaun
baharu anda
Untuk lebih kefahaman, sila klik pada pautan berikut untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data ODILO : Video 1 | Video 2 | Video 3 (video ini tidak dapat dibuka, sila rujuk U-Pustaka)
Selepas pendaftaran, satu emel pemberitahuan akan dihantar
ke emel yang didaftarkan.
Contoh seperti berikut:
Estimado (NAMA USER BERDAFTAR)
Hemos recibido una petición de creación de cuenta asociada a
tu cuenta de correo. Verifique su cuenta para poder acceder a los diferentes
servicios que le ofrece la plataforma PNM Digital Library
Verificar cuenta
Este es un mensaje automático, por favor no conteste a este correo. Si tiene alguna cuestión sobre esta notificación, por favor contacte con el Servicio de Asistencia Técnica.
Muchas gracias.
Klik pada perkataan Verificar cuenta dalam emel anda untuk pengesahan atau verification dan boleh login terus ke dalam ODILO.



