#ScientistForADay
#PlanetariumNegara
#Astronomi
#sainsangkasa
#spacescience
#terukirdibintang
#kitajagakita
KL Weather Forecast
PN Google Calendar
Wednesday, 31 March 2021
Pertandingan Menulis Esei "Scientist For A Day" (SFAD).
Monday, 29 March 2021
PlanetKidz@Planetarium 3: Struktur Bumi dan Atmosfera.
Tahukah anda?
Bumi terdiri daripada empat lapisan utama iaitu:
1. Kerak Bumi
- Kerak Bumi adalah merupakan lapisan Bumi yang paling keras dan pejal.
- Ketebalan lapisan ini adalah dalam 30 hingga 65 kilometer.
2. Mantel
- Terletak dibawah lapisan kerak Bumi.
- Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 2885 kilometer.
- Merangkumi dua pertiga jisim Bumi.
- Bersifat pepejal tetapi lapisan luarannya bersifat separa cecair.
3. Teras luar
- Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 2770 kilometer.
- Kajian mendapati bahawa suhu teras luar Bumi boleh mencapai sehingga 5000 darjah selsius.
- Bersifat cecair disebabkan oleh suhu yang tinggi mencairkan material yang berada di lapisan ini.
4. Teras dalam
- Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 1216 kilometer.
- Kajian mendapati bahawa suhu teras dalam Bumi mampu melebihi 5000 darjah selsius, iaitu suhu yang sama direkodkan di permukaan Matahari.
- Walaupun bersuhu lebih tinggi berbanding kerak luar Bumi, kerak dalam Bumi bersifat pepejal disebabkan oleh tekanan yang sangat tinggi.
#terukirdibintang
#planetariumnegara
#kitajagakita
Friday, 19 March 2021
Minggu Sains Negara 2021.
Minggu Sains Negara kembali lagi, kali ini dianjurkan secara maya (online).
1 hingga 7 April 2021. Nantika pelbagai program dan aktiviti interaktif yang akan diadakan secara dalam talian. Ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai Minggu Sains Negara 2021.
#mosti
#stie
#SainsUntukKesihatan
#MSN2021
#planetariumnegara
#terukirdibintang
Friday, 12 March 2021
Planetkidz@Planetarium 2: Pendaratan Ke Marikh
- Cruise Stage Separation (10 minit sebelum memasuki atmosfera Marikh).
- Atmospheric Entry (0 minit, impak memasuki atmosfera Marikh).
- Kepanasan Maksimum (80 saat selepas memasuki atmosfera Marikh).
- Guided Entry.
- Parachute Deploy (240 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 12.8KM, kelajuan 1513KM/J).
- Heat Shield Separation (260 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 11.3KM, kelajuan 579KM/J).
- Backshell Separation (350 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 2KM, kelajuan 322KM/J).
- Powered Descend (menggunakan enjin tujahan roket).
- Rover Separation (410 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 21.3 Meter daripada permukaan planet Marikh).Fly Away (Untuk mengelakkan daripada terlanggar/merosakkan/memusnahkan Perayau Marikh Perseverance).
Fakta-fakta menarik mengenai Marikh:
- Saiz Marikh adalah separuh berbanding saiz bumi.
- Air telah dijumpai di bahagian bawah permukaan dan kutub Marikh.
- Marikh mempunyai 2 bulan yang dipanggil sebagai Phobos dan Deimos.
- Tanah Marikh dipenuhi oleh galian besi yang teroksida sekaligus mengakibatkan warna planet tersebut kelihatan seperti merah berkarat.
- Kadar tarikan graviti di permukaan Marikh adalah 38% berbanding tarikan graviti di permukaan Bumi.Gunung tertinggi di Marikh dipanggil sebagai Olympus Mons dengan ketinggian 25 Kilometer adalah merupakan gunung tertinggi di dalam sistem suria.
- Sehari di Marikh bersamaan dengan 24 jam 40 minit di Bumi.
- Marikh adalah planet kedua terkecil di dalam sistem suria selepas planet Utarid.
- Tiada manusia pernah menjejakkan kaki ke permukaan Marikh.Matahari kelihatan dua kali lebih kecil daripada permukaan Marikh berbanding daripada permukaan Bumi.
Senarai Pendaratan Marikh yang berjaya setakat ini:
- Mars 3, USSR, 1971
- Viking 1, USA, 1975
- Viking 2, USA, 1975
- Sojourner, USA, 1996
- Spirit, USA, 2003
- Opportunity, USA, 2003
- Phoenix, USA, 2007Perseverance, USA, 2021
Saturday, 6 March 2021
Info@Planetarium 70: Ekuinoks Mac, Masa Siang Dan Malam Yang Sama Panjang
Pada Sabtu, 20 Mac 2021, mulai jam 05:37 petang, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Bagi kawasan-kawasan yang beul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa beperti di Pontianak Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.
#planetariumnegara
#mosti
#terukirdibintang
#kitajagakita
Bagi kawasan-kawasan yang beul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa beperti di Pontianak Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.
#planetariumnegara
#mosti
#terukirdibintang
#kitajagakita
Subscribe to:
Posts (Atom)






