KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Monday, 29 March 2021

PlanetKidz@Planetarium 3: Struktur Bumi dan Atmosfera.

 

Tahukah anda?
Bumi terdiri daripada empat lapisan utama iaitu:

1. Kerak Bumi

  • Kerak Bumi adalah merupakan lapisan Bumi yang paling keras dan pejal.
  • Ketebalan lapisan ini adalah dalam 30 hingga 65 kilometer.

2. Mantel

  • Terletak dibawah lapisan kerak Bumi.
  • Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 2885 kilometer.
  • Merangkumi dua pertiga jisim Bumi.
  • Bersifat pepejal tetapi lapisan luarannya bersifat separa cecair.

3. Teras luar

  • Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 2770 kilometer.
  • Kajian mendapati bahawa suhu teras luar Bumi boleh mencapai sehingga 5000 darjah selsius.
  • Bersifat cecair disebabkan oleh suhu yang tinggi mencairkan material yang berada di lapisan ini.

4. Teras dalam

  • Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 1216 kilometer.
  • Kajian mendapati bahawa suhu teras dalam Bumi mampu melebihi 5000 darjah selsius, iaitu suhu yang sama direkodkan di permukaan Matahari.
  • Walaupun bersuhu lebih tinggi berbanding kerak luar Bumi, kerak dalam Bumi bersifat pepejal disebabkan oleh tekanan yang sangat tinggi.

#terukirdibintang
#planetariumnegara
#kitajagakita

No comments:

Post a Comment