KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Friday 12 March 2021

Planetkidz@Planetarium 2: Pendaratan Ke Marikh

#Planetkidz@Planetarium 2#

Fasa mendaratkan Perayau Marikh “Perseverance” di permukaan Marikh:

  1. Cruise Stage Separation (10 minit sebelum memasuki atmosfera Marikh).
  2. Atmospheric Entry (0 minit, impak memasuki atmosfera Marikh).
  3. Kepanasan Maksimum (80 saat selepas memasuki atmosfera Marikh).
  4. Guided Entry.
  5. Parachute Deploy (240 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 12.8KM, kelajuan 1513KM/J).
  6. Heat Shield Separation (260 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 11.3KM, kelajuan 579KM/J).
  7. Backshell Separation (350 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 2KM, kelajuan 322KM/J).
  8. Powered Descend (menggunakan enjin tujahan roket).
  9. Rover Separation (410 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 21.3 Meter daripada permukaan planet Marikh).Fly Away (Untuk mengelakkan daripada terlanggar/merosakkan/memusnahkan Perayau Marikh Perseverance).

Fakta-fakta menarik mengenai Marikh:

  1. Saiz Marikh adalah separuh berbanding saiz bumi.
  2. Air telah dijumpai di bahagian bawah permukaan dan kutub Marikh.
  3. Marikh mempunyai 2 bulan yang dipanggil sebagai Phobos dan Deimos.
  4. Tanah Marikh dipenuhi oleh galian besi yang teroksida sekaligus mengakibatkan warna planet tersebut kelihatan seperti merah berkarat.
  5. Kadar tarikan graviti di permukaan Marikh adalah 38% berbanding tarikan graviti di permukaan Bumi.Gunung tertinggi di Marikh dipanggil sebagai Olympus Mons dengan ketinggian 25 Kilometer adalah merupakan gunung tertinggi di dalam sistem suria.
  6. Sehari di Marikh bersamaan dengan 24 jam 40 minit di Bumi.
  7. Marikh adalah planet kedua terkecil di dalam sistem suria selepas planet Utarid.
  8. Tiada manusia pernah menjejakkan kaki ke permukaan Marikh.Matahari kelihatan dua kali lebih kecil daripada permukaan Marikh berbanding daripada permukaan Bumi.

Senarai Pendaratan Marikh yang berjaya setakat ini:

  1. Mars 3, USSR, 1971
  2. Viking 1, USA, 1975
  3. Viking 2, USA, 1975
  4. Sojourner, USA, 1996
  5. Spirit, USA, 2003
  6. Opportunity, USA, 2003
  7. Phoenix, USA, 2007Perseverance, USA, 2021

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.