KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Wednesday 3 March 2021

Planetkidz@Planetarium 1: Fasa-fasa Bulan

 

Fasa-fasa Bulan

Takwim qamari atau juga dikenali sebagai takwim hijrah, takwim bulan dan takwim lunar merupakan satu sistem kalendar yang berdasarkan kepada fasa bulan. Takwim Hijrah merupakan takwim yang digunatengah kan di kebanyakan negara umat Islam yang bermula dari tahun 622 AD untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Berikut adalah merupakan petunjuk tarikh di dalam bulan hijrah dan tata pencahayaan di bulan:


1. Bulan Baru (Anak Bulan)
Tarikh: 1-2 Hijrah

2. Bulan Sabit
Tarikh: 3-6 Hijrah

3. Bulan Separa
Tarikh: 7-10 Hijrah

4. Bulan Hampir Purnama
Tarikh: 11-13 Hijrah

5. Bulan Purnama
Tarikh: 14-16 Hijrah

6. Bulan Selepas Purnama
Tarikh: 17-20 Hijrah

7. Bulan Separa Tua
Tarikh: 21-25 Hijrah

8. Bulan Sabit Tua
Tarikh: 26-29 Hijrah

Fakta menarik mengenai bulan:

  • Berat Bulan adalah kira-kira 1.2% daripada berat Planet Bumi
  • Bulan adalah satelit semulajadi kelima terbesar di dalam Sistem Suria.
  • Tarikan graviti bulan mengakibatkan fenomena air pasang dan surut di laut.
  • Kapal angkasa pertama yang mendarat di permukaan bulan adalah Luna 1 milik USSR pada tahun 1959.
  • Bulan semakin menjauhi planet bumi dengan kadar 3.8cm setiap tahun.
  • Usia bulan adalah 4.6 Bilion Tahun.
  • Bulan tidak mempunyai atmosfera.
  • Suhu permukaan bulan adalah dalam lingkungan -233 darjah selsius hingga 123 darjah selsius bergantung kepada sinaran matahari keatas permukaan bulan.
  • Hanya 12 orang sahaja pernah menjejakkan kaki di permukaan bulan, dimulakan dengan Neil Amstrong pada tahun 1969 dan manusia terakhir yang menjejakkan kaki di permukaan bulan adalah Gene Cernan pada tahun 1972.
  • Tarikan graviti di bulan adalah lemah iaitu hanya 16.5% sahaja berbanding permukaan bumi.


Senarai angkasawan yang pernah menjejakkan kaki ke bulan:
1. Neil Amstrong, Apollo 11, 1969
2. Buzz Aldrin, Apollo 11, 1969
3. Pete Conrad, Apollo 12, 1969
4. Alan Bean, Apollo 12, 1969
5. Alan Shepard, Apollo 14, 1971
6. Edgar Mitchell, Apollo 14, 1971
7. David Scott, Apollo 15, 1971
8. James Irwin, Apollo 15, 1971
9. John Young, Apollo 16, 1972
10. Charles Duke, Apollo 16, 1972
11. Harrison Schmitt, Apollo 17, 1972
12. Gene Cernan, Apollo 17, 1972

#terukirdibintang
#planetariumnegara
#kitajagakita

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.