KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Showing posts with label almanak. Show all posts
Showing posts with label almanak. Show all posts

Saturday, 6 March 2021

Info@Planetarium 70: Ekuinoks Mac, Masa Siang Dan Malam Yang Sama Panjang



Pada Sabtu, 20 Mac 2021, mulai jam 05:37 petang, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Bagi kawasan-kawasan yang beul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa beperti di Pontianak Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.

#planetariumnegara
#mosti
#terukirdibintang
#kitajagakita

Saturday, 4 July 2020

Bumi di Aphelion, 4 Julai 2020, Sabtu.

Pada Sabtu, 4 Julai 2020, jam 07:34 malam, Bumi akan berada di titik “aphelion” iaitu titik yang paling jauh dari Matahari bagi tahun 2020.

Pada ketika itu, Bumi berada pada jarak 152,095,295 km dari Matahari berbanding dengan jarak 147,091,144 km ketika ia berada di titik “perihelion” atau titik paling dekat dengan Matahari pada 5 Januari 2020.

Jarak Purata antara Bumi dan Matahari adalah 150,000,000 km.

Sunday, 22 March 2020

Alamanak Astronomi 2020

Pengenalan:

Kalendar astronomi ini disediakan oleh Planetarium Negara sebagai sumber rujukan mengenai fenomena astronomi utama sepanjang tahun 2020 mengikut waktu Malaysia.

Data-data telah ditentusahkan dengan merujuk kepada sumber-sumber data daripada Pentadbiran Angkasa Lepas Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) dan sumber-sumber lain yang berwibawa.

Pengarah
Planetarium Negara
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

* Kami memohon maaf kerana terdapat beberapa muka surat yang mengandungi nama Kementerian lama (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC).  Ini kerana almanak ini telah disediakan pada penghujung tahun 2019. Harap maklum.

 
 
 
  

 
















Terima kasih.

Rujuk di sini untuk bahan bacaan digital > Koleksi > Koleksi Digital

#dudukdirumah #dudukrumah #bacabersama PKP RMO