KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Friday, 3 December 2021

Press Reader

Selamat Membaca  💻 📖 (online)

Australian Science Illustrated Issue #51 di PressReader (Library Press Display) yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di portal U-Pustaka.

Tapi kita kena Login dulu.

Link: http://library.pressdisplay.com/pressdisplay/viewer.aspx

Username (Sign-In) : nlm@library.pressdisplay.com

Password : welcome

http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/333


Monday, 3 May 2021

Telescopes For All

 

Pihak International Astronomical union (IAU), Office For Astroonomy Outreach melalui National Outreach Coordinator Malaysia, Planetarium Negara, Pusat STEM Negara dan Universe Awareness Malaysia telah melancarkan program "Telescope For All" untuk rakyat Malaysia berpeluang membida sebuah teleskop.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau meneyrtai program ini, sila layari: 

http://telescopes4all.planetariumnegara.gov.my

Saturday, 1 May 2021

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021.

Selamat menyambut Hari Pekerja, 1 Mei 2021

dari seluruh warga Planetarium Negara.



#planetariumnegara #terukirdibintang #kitajagakita

Thursday, 29 April 2021

Selamat Menyambut Nuzul Al Quran 2021.

Selamat Menyambut Nuzul Al Quran 17 Ramadhan 1442 H / 29 April 2021

dari seluruh warga Planetarium Negara.

#NuzulAlQuran
#PlanetariumNegara
#terukirdibintang
#kitajagakita

Wednesday, 21 April 2021

Pertandingan Menulis Esei "Scientist For A Day" (SFAD).

Join our Scientist For essay contest and get your work published.
Winner will be announced during World Space Week 2021.





#ScientistForADay
#PlanetariumNegara
#Astronomi
#sainsangkasa
#spacescience
#terukirdibintang
#kitajagakita

Happy International Earth Day, 22April.

 "Lets promote harmony with nature and the Earth". ❤


#PlanetariumNegara
terukirdibintang
#kitajagakita

Info@Planetarium 73: Hari Bumi


#Astronomi
#PlanetariumNegara
#terukirdibintang
#kitajagakita

Monday, 19 April 2021

Capture Your Starry Night Contest

Xiaomi collaborates with Planetarum Negara!

Introducing the exciting season for capturing Starry Night sceneries. Join us by submitting your own mesmerising potos of a beautiful Starry Night and stand a chance to WIN exclusive Mi 11 Series prizes from us! Here's what you need to do:

  1. Like Xiaomi Malaysia and Planetarium Negara Facebook pages.
  2. Capture a starry night scenery on your smartphone.
  3. Share your pictures with us in the comment box below the post (in Facebook)
  4. Remember to hashtag #StarryNightwithMi and TAG  friends to join the fun!

Stay tuned to our page as we will be sharing some tips and tutorials for you. Good luck, have a great Starry Night adventure!!!

T&Cs apply.


#xiaomimalaysia #xiaomi  #planetariumnegara #StarryNightwithMi #astrophotography #terukirdibintang #kitajagakita

Tuesday, 13 April 2021

Salam Ramadhan 1442 H/ 2021 M

Salam Ramadhan 1442 H, ikhlas daripada Puan Hajah Anita binti Haji Bahari K.M.N , Pengarah Planetarium Negara.


Wednesday, 31 March 2021

Monday, 29 March 2021

PlanetKidz@Planetarium 3: Struktur Bumi dan Atmosfera.

 

Tahukah anda?
Bumi terdiri daripada empat lapisan utama iaitu:

1. Kerak Bumi

  • Kerak Bumi adalah merupakan lapisan Bumi yang paling keras dan pejal.
  • Ketebalan lapisan ini adalah dalam 30 hingga 65 kilometer.

2. Mantel

  • Terletak dibawah lapisan kerak Bumi.
  • Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 2885 kilometer.
  • Merangkumi dua pertiga jisim Bumi.
  • Bersifat pepejal tetapi lapisan luarannya bersifat separa cecair.

3. Teras luar

  • Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 2770 kilometer.
  • Kajian mendapati bahawa suhu teras luar Bumi boleh mencapai sehingga 5000 darjah selsius.
  • Bersifat cecair disebabkan oleh suhu yang tinggi mencairkan material yang berada di lapisan ini.

4. Teras dalam

  • Anggaran ketebalan lapisan ini adalah 1216 kilometer.
  • Kajian mendapati bahawa suhu teras dalam Bumi mampu melebihi 5000 darjah selsius, iaitu suhu yang sama direkodkan di permukaan Matahari.
  • Walaupun bersuhu lebih tinggi berbanding kerak luar Bumi, kerak dalam Bumi bersifat pepejal disebabkan oleh tekanan yang sangat tinggi.

#terukirdibintang
#planetariumnegara
#kitajagakita

Friday, 19 March 2021

Minggu Sains Negara 2021.

 

Minggu Sains Negara kembali lagi, kali ini dianjurkan secara maya (online).

1 hingga 7 April 2021. Nantika pelbagai program dan aktiviti interaktif yang akan diadakan secara dalam talian. Ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai Minggu Sains Negara 2021.

#mosti
#stie
#SainsUntukKesihatan
#MSN2021
#planetariumnegara
#terukirdibintang

Friday, 12 March 2021

Planetkidz@Planetarium 2: Pendaratan Ke Marikh

#Planetkidz@Planetarium 2#

Fasa mendaratkan Perayau Marikh “Perseverance” di permukaan Marikh:

  1. Cruise Stage Separation (10 minit sebelum memasuki atmosfera Marikh).
  2. Atmospheric Entry (0 minit, impak memasuki atmosfera Marikh).
  3. Kepanasan Maksimum (80 saat selepas memasuki atmosfera Marikh).
  4. Guided Entry.
  5. Parachute Deploy (240 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 12.8KM, kelajuan 1513KM/J).
  6. Heat Shield Separation (260 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 11.3KM, kelajuan 579KM/J).
  7. Backshell Separation (350 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 2KM, kelajuan 322KM/J).
  8. Powered Descend (menggunakan enjin tujahan roket).
  9. Rover Separation (410 saat selepas memasuki atmosfera Marikh, ketinggian 21.3 Meter daripada permukaan planet Marikh).Fly Away (Untuk mengelakkan daripada terlanggar/merosakkan/memusnahkan Perayau Marikh Perseverance).

Fakta-fakta menarik mengenai Marikh:

  1. Saiz Marikh adalah separuh berbanding saiz bumi.
  2. Air telah dijumpai di bahagian bawah permukaan dan kutub Marikh.
  3. Marikh mempunyai 2 bulan yang dipanggil sebagai Phobos dan Deimos.
  4. Tanah Marikh dipenuhi oleh galian besi yang teroksida sekaligus mengakibatkan warna planet tersebut kelihatan seperti merah berkarat.
  5. Kadar tarikan graviti di permukaan Marikh adalah 38% berbanding tarikan graviti di permukaan Bumi.Gunung tertinggi di Marikh dipanggil sebagai Olympus Mons dengan ketinggian 25 Kilometer adalah merupakan gunung tertinggi di dalam sistem suria.
  6. Sehari di Marikh bersamaan dengan 24 jam 40 minit di Bumi.
  7. Marikh adalah planet kedua terkecil di dalam sistem suria selepas planet Utarid.
  8. Tiada manusia pernah menjejakkan kaki ke permukaan Marikh.Matahari kelihatan dua kali lebih kecil daripada permukaan Marikh berbanding daripada permukaan Bumi.

Senarai Pendaratan Marikh yang berjaya setakat ini:

  1. Mars 3, USSR, 1971
  2. Viking 1, USA, 1975
  3. Viking 2, USA, 1975
  4. Sojourner, USA, 1996
  5. Spirit, USA, 2003
  6. Opportunity, USA, 2003
  7. Phoenix, USA, 2007Perseverance, USA, 2021

Saturday, 6 March 2021

Info@Planetarium 70: Ekuinoks Mac, Masa Siang Dan Malam Yang Sama Panjang



Pada Sabtu, 20 Mac 2021, mulai jam 05:37 petang, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Bagi kawasan-kawasan yang beul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa beperti di Pontianak Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.

#planetariumnegara
#mosti
#terukirdibintang
#kitajagakita

Wednesday, 3 March 2021

Planetkidz@Planetarium 1: Fasa-fasa Bulan

 

Fasa-fasa Bulan

Takwim qamari atau juga dikenali sebagai takwim hijrah, takwim bulan dan takwim lunar merupakan satu sistem kalendar yang berdasarkan kepada fasa bulan. Takwim Hijrah merupakan takwim yang digunatengah kan di kebanyakan negara umat Islam yang bermula dari tahun 622 AD untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Berikut adalah merupakan petunjuk tarikh di dalam bulan hijrah dan tata pencahayaan di bulan:


1. Bulan Baru (Anak Bulan)
Tarikh: 1-2 Hijrah

2. Bulan Sabit
Tarikh: 3-6 Hijrah

3. Bulan Separa
Tarikh: 7-10 Hijrah

4. Bulan Hampir Purnama
Tarikh: 11-13 Hijrah

5. Bulan Purnama
Tarikh: 14-16 Hijrah

6. Bulan Selepas Purnama
Tarikh: 17-20 Hijrah

7. Bulan Separa Tua
Tarikh: 21-25 Hijrah

8. Bulan Sabit Tua
Tarikh: 26-29 Hijrah

Fakta menarik mengenai bulan:

  • Berat Bulan adalah kira-kira 1.2% daripada berat Planet Bumi
  • Bulan adalah satelit semulajadi kelima terbesar di dalam Sistem Suria.
  • Tarikan graviti bulan mengakibatkan fenomena air pasang dan surut di laut.
  • Kapal angkasa pertama yang mendarat di permukaan bulan adalah Luna 1 milik USSR pada tahun 1959.
  • Bulan semakin menjauhi planet bumi dengan kadar 3.8cm setiap tahun.
  • Usia bulan adalah 4.6 Bilion Tahun.
  • Bulan tidak mempunyai atmosfera.
  • Suhu permukaan bulan adalah dalam lingkungan -233 darjah selsius hingga 123 darjah selsius bergantung kepada sinaran matahari keatas permukaan bulan.
  • Hanya 12 orang sahaja pernah menjejakkan kaki di permukaan bulan, dimulakan dengan Neil Amstrong pada tahun 1969 dan manusia terakhir yang menjejakkan kaki di permukaan bulan adalah Gene Cernan pada tahun 1972.
  • Tarikan graviti di bulan adalah lemah iaitu hanya 16.5% sahaja berbanding permukaan bumi.


Senarai angkasawan yang pernah menjejakkan kaki ke bulan:
1. Neil Amstrong, Apollo 11, 1969
2. Buzz Aldrin, Apollo 11, 1969
3. Pete Conrad, Apollo 12, 1969
4. Alan Bean, Apollo 12, 1969
5. Alan Shepard, Apollo 14, 1971
6. Edgar Mitchell, Apollo 14, 1971
7. David Scott, Apollo 15, 1971
8. James Irwin, Apollo 15, 1971
9. John Young, Apollo 16, 1972
10. Charles Duke, Apollo 16, 1972
11. Harrison Schmitt, Apollo 17, 1972
12. Gene Cernan, Apollo 17, 1972

#terukirdibintang
#planetariumnegara
#kitajagakita

Video Galeri Pameran: Hubble Space Telescope



#planetariumnegara #mosti #kitajagakita

Friday, 26 February 2021

Xiaomi Malaysia X Planetarium Negara.

PELANCARAN SMARTPHONE XIAOMI MI 11

dan TERIMA KASIH Xiaomi, 

kerana memberi ruang kolaborasi bersama 

Planetarium Negara.




Apakah keistimewaan Mi 11 sehinggakan kami menjadi rakan kolaborasi bersama Xiaomi Malaysia ?

Planetaium Negara adalah pintu gerbang untuk melihat alam semesta dan langit malam yang penuh  berbintang.

Aspirasi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan astronomi dan membawa mereka untuk menerima dan  mengaplikasi teknologi dalam meneroka angkasa lepas.

Bagaimana untuk merakam keindahan alam semesta yang menakjubkan dan mengabdikan suasana ketika melihat Bima Sakti yang memukau?

Mi 11 ada jawapannya.

Dengan kuasa kemampuan kamera yang mampu menangkap gambar dan video ultra HD di bawah cahaya yang sangat rendah, Mi 11 mampu merakam detik yang cukup indah dalam penerokaan angkasa lepas.

Kami berharap kerjasama ini dapat memberi insirasi kepada masyarakat tentang keunikan astronomi dan sains angkasa.

Nantikan pengumuman berita terkini dan TAHNIAH kepada Xiaomi atas pelancaran rasmi Mi 11 di Malaysia!

#planetariumnegara
#mosti
#xiaomimalaysia
terukirdibintang
#kitajagakita

Video Galeri Pameran: Pembentukan Sistem Solar



#planetariumnegara #mosti #kitajagakita

Tuesday, 23 February 2021

Meniti Puncak: Antara Realiti & Fantasi

Accession number:
Class: 100
Call number: 158.1 NAJ
Location / Rack: 100
Title: Meniti Puncak: Antara Realiti & Fantasi
Author: Najmil Faiz Mohamed Aris
Cover: Paperback
Year: 2007
Publisher: 
Publication City/Country: Kuala Lumpur, Malaysia
Format: Book
Series:
Language: Malay
Cover: Paperback
ISSN:
ISBN 13:
ISBN 10:
Physical Description: iii, 122p ; clr.ill ; 17cm
Notes:
Content:

Full catalog: Planetarium Negara Library @ Libib.com

You: Stress Less


Accession number:
Class: 100
Call number: 155.9042 ROI
Location / Rack: 100
Title: You: Stress Less, The Owner's Manual For Regaining Balace In Your Life
Author: Michael F. Roizen, MD, Mehmet C. Oz, MD
Cover: Paperback
Year: 2006
Edition: 2011
Publisher: Simon & Schuster, Inc.
Imprint: Free Press
Publication City/Country: New York, US
Format: Book
Series: YOU:
Language: English
Cover: Paperback
ISSN:
ISBN 13: 9781451640748
ISBN 10:
Notes:
Content: 

Koleksi Pedoman Bahasa 2

 

Accession number:
Class: 400
Call number: 499.23152 KOL
Location / Rack: 400
Title: Koleksi Pedoman Bahasa 2
Author/Translator/Editor/Illustrator:
Cover: Paperback
Year: 2010
Edition: 2011
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Publication City/Country: Kuala Lumpur, Malaysia
Format: Book
Series: Siri Pedoman Bahasa Melayu
Language: Malay
Cover: Paperback
ISSN:
ISBN 13:
ISBN 10:
Notes:
Content:

Prakata                                                                                                                                         v
1: Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan     1
2: Kata dan Makna                                                                                                                       3
3: Penjodoh Bilangan: Manusia dan Bukan Manusia                                                                  9
4: Kata Yang Ditulis Serangkai dan Terpisah                                                                              12
5: Masalah Tatabahasa                                                                                                                 15

Koleksi Pedoman Bahasa 1

 

Accession number:
Class: 400
Call number: 499.23152 KOL
Location / Rack: 400
Title: Koleksi Pedoman Bahasa 1
Author/Translator/Editor/Illustrator:
Cover:
Year: 2005
Edition: 2011
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Publication City/Country: Kuala Lumpur, Malaysia
Format: Book
Series: Siri Pedoman Bahasa Melayu
Language: Malay
Cover: Paperback
ISSN:
ISBN 13:
ISBN 10:
Notes:
Content:

Prakata                                                                                        v
Bahagian 1: Penggandaan Kata                                                  1
Bahagian 2: Penggunaan adalah atau ialah                                10
Bahagian 3: Penggunaan di, dalam dan di dalam                      15
Bahagian 4: Penggunaan di antara dan antara                           18
Bahagian 5: Penggunaan di dan ke                                            26
Bahagian 6: Penggunaan dari dan daripada                               31
Bahagian 7: Penggunaan untuk atau bagi                                  37
Bahagian 8: Pengejaan Kata yang berakhiran "an" dan "kan"   39
Bahagian 9: Penggunaan sekali, sungguh, paling, dan ter-       42
Bahagian 10: Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak             48

Thursday, 11 February 2021

Selamat Tahun Baru Cina 2021

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dari seluruh warga Planetarium Negara.

Jangan lupa sentiasa patuhi SOP dan amalkan norma baharu.

Gong Xi Fa Cai, Xian Nian Kuai Le.


#terukirdibintang
#kitajagakita
#planetariumnegara

Saturday, 6 February 2021

ASTRO TRIVIA SIRI 1 / 2021

!!! ASTRO TRIVIA KINI KEMBALI LAGI!!!

ASTRO TRIVIA SIRI 1-2021

LIVE @ Facebook Planetarium Negara

Tarikh: 7 Februari 2021 (Ahad)

Masa: 9.00 malam

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang

Sunday, 31 January 2021

Episod 2: Planet Kidz - Jam Matahari.



Episod 2: Planet Kidz - JAM MATAHARI. Bersama Kak Ros 🔭🔭 .

Adik-adik nak tahu apa itu Jam Matahari ?

Jom tonton video ini , Kak Ros akan berkongsi mengenai Jam Matahari dan Aktiviti membuat Jam Matahari 🌚🌚.

Sains angkasa yang sangat menyeronokkan !!! 🤗 .

Berikut adalah pautan untuk template jam matahari:
https://drive.google.com/.../17rrVnGA......

#planetariumnegara
#terukirdibintang #planetbersamakakros #sainsangkasa

Saturday, 30 January 2021

Episod 1: Planet Kidz - Fasa-fasa Bulan



Episod 1 : Fasa-fasa Bulan. Bersama Kak Ros 🔭🔭

Adik - adik tahu berkenaan Fasa-fasa bulan ? 🌖🌗🌘🌑🌒🌓🌔

Jom tonton video ini , Kak Ros akan berkongsi mengenai comelnya bulan 🌚🌚

Sains angkasa yang sangat menyeronokkan !!! 🤗

#planetariumnegara #terukirdibintang #planetbersamakakros #sainsangkasa

Monday, 18 January 2021

Planet Kidz, Episod 1, 2021: Kenderaan Peninjau.



Hai semua!!

Planet Kidz kembali lagi bersama Kak Ros dan Abang Is!!

Kali ini Planet Kidz membawa adik-adik ke Bulan!!

Haa..ke Bulan???!!

Nak tahu lebih lanjut jom kita saksikan video Planet Kidz kali ini.

#stayathome #binamoonbuggy #planetariumnegara

Info@Planetarium 67: Isaac Newton , Ahli Fizik & Ahli Matematik England.

 

#Astronomi #Astronomy #kitajagakita #planetariumnegara

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog