KL Weather Forecast
PN Google Calendar
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Tuesday, 2 March 2021
Thursday, 31 October 2019
Kejohanan Roket Kebangsaan 2019.
Kejohanan Roket Kebangsaan 2019. (montage).
Kejohanan Roket Kebangsaan 2019 telah berlangsung mulai 23 September
hingga 26 September 2019 bertempat di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.
Kejohanan Roket Kebangsaan (KRK) merupakan sebuah program tahunan yang
dianjurkan oleh Planetarium Negara, Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dengan kerjasama
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), dan Majlis Amanah
Rakyat (MARA).
Pertandingan tahun ini telah memasuki tahun yang ke-17 semenjak ia mula
dilaksanakan sebagai projek perintis pada tahun 2003.
Ia merupakan sebuah program pendidikan sains angkasa merentas kurikulum
sekolah menengah. Peserta yang terlibat adalah pelajar dari sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) yang terpilih dari seluruh negara berumur dalam lingkungan 13-16
tahun.
Wednesday, 2 October 2019
Minggu Angkasa Sedunia 2019
Minggu Angkasa Sedunia kini kembali!
Ayuhu beramai-ramai untuk mengunjungi Planetarium Negara!
Masuk PERCUMA!!!
4-13 Oktober ini. Jangan lepaskan peluang!
![]() |
| Laman: https://www.facebook.com/events/978075445872716/ |
Laman: https://www.facebook.com/events/402496897134497/
#Malaysia #MAS2019 #WSW2019
Saturday, 31 August 2019
Selamat Hari Kebangsaan Yang ke 62.
Selamat Hari Kebangsaan Yang ke 62.
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.
Selamat Hari Kebangsaan Yang ke 62.
Sayangi Malaysiaku,
Malaysia Bersih.
Wednesday, 3 July 2019
Pertandingan IAU100 NameExoWorlds Malaysia

Pertandingan IAU100 NameExoWorlds Malaysia yang telah dilancarkan
oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Puan Yeo Bee Yin pada 13 Jun 2019 di Planetarium Negara
kini dibuka untuk penyertaan. Program yang dianjurkan oleh Planetarium
Negara dengan kerjasama Apadilangit (Agensi bukan kerajaan) ini dibuka
untuk penyertaan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah bermula pada 1 Julai sehingga 31 Ogos 2019.
Pelajar
Malaysia diberi peluang untuk menamakan bintang HD20868 serta planet
yang mengorbit bintang tersebut HD20868b. Bintang yang berada pada buruj
Fornex ini dianggarkan berada pada jarak 150 tahun cahaya dari bumi.
Bintang dengan magnitud kecerahan 10 ini hanya dapat dilihat dengan
bantuan teleskop atau binokular. Planet HD20868b adalah planet gas
gergasi besar dengan saiz 0.05 kali lebih besar dari planet Musytari.
Planet ini dianggarkan memerlukan masa selama 381 hari untuk mengorbit
bintang HD20868.
Klik pada 'link' berikut untuk keterangan lanjut → Name My ExoWorld
Subscribe to:
Posts (Atom)






