KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Wednesday, 3 July 2019

Pertandingan IAU100 NameExoWorlds Malaysia



Pertandingan IAU100 NameExoWorlds Malaysia yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Puan Yeo Bee Yin pada 13 Jun 2019 di Planetarium Negara kini dibuka untuk penyertaan. Program yang dianjurkan oleh Planetarium Negara dengan kerjasama Apadilangit (Agensi bukan kerajaan) ini dibuka untuk penyertaan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah bermula pada 1 Julai sehingga 31 Ogos 2019.

Pelajar Malaysia diberi peluang untuk menamakan bintang HD20868 serta planet yang mengorbit bintang tersebut HD20868b. Bintang yang berada pada buruj Fornex ini dianggarkan berada pada jarak 150 tahun cahaya dari bumi. Bintang dengan magnitud kecerahan 10 ini hanya dapat dilihat dengan bantuan teleskop atau binokular. Planet HD20868b adalah planet gas gergasi besar dengan saiz 0.05 kali lebih besar dari planet Musytari. Planet ini dianggarkan memerlukan masa selama 381 hari untuk mengorbit bintang HD20868.

Klik pada 'link' berikut untuk keterangan lanjut → Name My ExoWorld

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.