KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Tuesday, 31 March 2020

Zinio / rb digital Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Muat turun lebih 200 judul e-majalah di Zinio/rb digital dan isi masa dengan membaca. 

Layari www.u-pustaka.com.my untuk maklumat lanjut.

#siladudukrumahdanbacabuku
#dudukrumah
#stayathome

 
 





Monday, 30 March 2020

KENYATAAN MEDIA: MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PEMBENTUKAN PASUKAN KHAS SARINGAN COVID-19 BERSAMA MOSTI - KPT

25 Mac 2020 - Bagi menyokong dan mendukung sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai 16,000 ujian sehari bermula April ini, MOSTI telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu Pasukan Khas Saringan COVID-19 bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

➡️ 10 buah makmal diagnostik di seluruh negara iaitu di institut pengajian tinggi, hospital universiti dan institut penyelidikan di bawah MOSTI (iaitu sebuah makmal bergerak).

➡️ Kesemua makmal ini mampu melaksanakan sebanyak 1,414 ujian sehari. Ini bermakna sebanyak 42,420 ujian saringan akan dilaksanakan oleh institut penyelidikan dan IPT dalam tempoh 30 hari bagi membantu meringankan beban KKM.

Selain itu, selaras dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, MOSTI sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi mengekang penularan wabak ini. Antaranya:

➡️ Mempercepatkan proses penilaian kit ujian diagnostik COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. (Mediven) yang dibiayai menerusi Malaysia Technology Development Corporation (MTDC).

➡️ Membangunkan aplikasi pemetaan kawasan penularan COVID-19 yang akan membantu pihak berkuasa melakukan pemantauan yang lebih rapi serta sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai untuk menjauhi kawasan terlibat.

Diharapkan usaha ini dapat dilaksanakan secara berkesan kerana tugas menangani wabak COVID-19 ini bukan terletak di bahu KKM semata-mata tetapi perlu turut digalas oleh semua agensi kerajaan dan masyarakat.
.
#mosti
#perangiCOVID19

 






Sunday, 22 March 2020

Alamanak Astronomi 2020

Pengenalan:

Kalendar astronomi ini disediakan oleh Planetarium Negara sebagai sumber rujukan mengenai fenomena astronomi utama sepanjang tahun 2020 mengikut waktu Malaysia.

Data-data telah ditentusahkan dengan merujuk kepada sumber-sumber data daripada Pentadbiran Angkasa Lepas Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) dan sumber-sumber lain yang berwibawa.

Pengarah
Planetarium Negara
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

* Kami memohon maaf kerana terdapat beberapa muka surat yang mengandungi nama Kementerian lama (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC).  Ini kerana almanak ini telah disediakan pada penghujung tahun 2019. Harap maklum.

 
 
 
  

 
















Terima kasih.

Rujuk di sini untuk bahan bacaan digital > Koleksi > Koleksi Digital

#dudukdirumah #dudukrumah #bacabersama PKP RMO

Helioviewer Project AIA 304 (2020-03-18 18:01:05 - 2020-03-22 05:15:41 UTC)