KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Saturday, 6 June 2020

Capaian ke Pangkalan Data OpenAthens MS dan E-jurnal.

Dimaklumkan bahawa Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) telah melanggan Pangkalan Data OpenAthens dan e-Jurnal untuk kegunaan warga MOSTI serta Jabatan dan Agensi di bawahnya. Tempoh langganan pangkalan data ini adalah selama 24 bulan mulai 1 November 2019 sehingga 31 Oktober 2021.

Pangkalan data ini merupakan direktori yang menyediakan akses kepada 32 e-jurnal yang dipilih bagi memenuhi keperluan maklumat warga MOSTI, jabatan dan agensi.  Ia boleh diakses dari dalam dan luar negara melalui kaedah single sign-on tanpa had penggunaan. ID pengguna dan kata laluan yang telah disediakan untuk diakses oleh pengguna. Bersama-sama ini juga disertakan poster untuk rujukan semua.



Bagi pengunjung Kutubkhanah Mini Planetarium Negara sila guna Login Id & Password yang disediakan di bawah:

Jika terdapat pertanyaan berkenaan e-jurnal ini, boleh hubungi Pembantu Perpustakaan Kutubkhanah Mini Planetarium Negara melalui e-mel yatt@planet.gov.my @ pustakaplanet@gmail.com untuk maklumat lanjut.

PERINGATAN:
  1. 1 username / ID disediakan bagi seorang pengguna SAHAJA. 
  2. 1 Username / ID tidak boleh digunakan secara serentak dalam pelbagai platform. 
  3. Pengguna dinasihati agar TIDAK mengubah 'password' yang sedia ada bagi mengelakkan kesukaran kebolehcapaian / accessability ke dalam portal jurnal di masa hadapan. 
  4. SILA GUNA DENGAN BERHEMAH.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment