KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Wednesday 20 November 2019

Siaran Media - Program National Space Challenge Prime Minister's Trophy 2019


Kuala Lumpur, 24 Oktober - NATIONAL SPACE CHALLENGE PRIME MINISTER'S TROPHY 2019 (NSC 2019) yang bermula pada 21hb hingga 24hb Oktober 2019 di Planetarium Negara telah menutup tirainya pada hari ini.

Planetarium Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program ini sejak tahun 1997 dan tahun ini merupakan edisi yang ke-22 ia telah dilaksanakan.

"National Space Challenge Prime Minister's Trophy (NSC2019) yang dilaksanakan melalui pendekatan hands on, minds on, hearts on berperanan sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai murid untuk meminati STI dan menyokong inisiatif mengukuhkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)" kata YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim semasa Majlis Perasmian penutup NSC hari ini.

Juara NSC2019, SJKC Yuk Choy, Perak telah membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, sebuah teleskop, plak, pingat, edukit dan sijil kecemerlangan. Turut menerima hadiah pada NSC2019 kali ini ialah Naib Johan, SK Convent (2) Klang, Selangor; Tempat Ketiga, SJKC Shan Tao, Sabah; Tempat Keempat, SJKC Wen Khai, Pulau Pinang dan Tempat Kelima, SK Ayer Keroh Melaka yang menerima sebuah teleskop, plak, pingat, edukit dan sijl kecemerlangan. Selain itu, pemenang Pembentangan Terbaik Replika Pameran The Moon Gateway To The Stars, SK Convent (2) Klang, Selangor juga telah menerima hadiah berupa edukit dan sijil kecemerlangan.

MESTECC mengharapkan agar program seumpama ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bidang STEM sebagai suatu bidang yang amat diperlukan oleh negara amnya dan industri angkasa lepas di Malaysia secara khususnya pada masa depan. Seterusnya program ini juga diharapkan dapat memberi impak secara langsung kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan generasi muda khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup NSC2019 dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Turut sama hadir ialah Puan Anita Bahari, Pengarah Planetarium Negara,; YBhg. Datin Kasmah Abu Bakar, Penolong Pengarah Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Puan Norhayati Mustafa, Pegawai Meja Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.