KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Sunday, 17 November 2019

Siaran Media Gerhana Matahari Anulus - 26 Disember 2019

SIARAN MEDIA

PLANETARIUM NEGARA

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR dan PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)


SIDANG MEDIA GERHANA MATAHARI ANULUS - 26 DISEMBER 2019

(ISNIN) 21 OKTOBER 2019 - Pada 26 Disember 2019, rakyat Malaysia akan sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena Astronomi yang jarang-jarang berlaku di Malaysia iaitu Gerhana Matahari Anulus. Fenomena Gerhana Matahari Anulus ini pernah terjadi dalam tempoh 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor.

"Anulus" merupakan perkataan Latin yang bermaksud "cincin'. Ketika gerhana mencapai fasa maksimumnya, bahagian luar Matahari masih kelihatan dan tidak terlindung sepenuhnya oleh Bulan. Lingkaran nipis bahagian luar Matahari kelihatan seolah-olah melingkari Bulan yang kelihatan gelap menutupi bahagian dalam Matahari. Lingkaran nipis bahagian luar Matahari pada ketika itu berbentuk seperti "cincin" dan oleh yang demikian, Gerhana Matahari Anulus juga dikenali sebagai Gerhana Matahari Cincin.

Walau bagaimanapun, fenomena Gerhana Matahari Anulus ini hanya dapat disaksikan dari bahagian selatan negeri Johor dan barat Sarawak sahaja, manakala kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia hanya dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa sahaja.

Planetarium Negara telah memilih Tanjung Piai yang juga terkenal dengan jolokan "Penghujung Paling Selatan Tanah Besar Benua Asia' di Daerah Pontian, Johor dan Bandar Serian di Sarawak sebagai lokasi rasmi Program Gerhana Matahari Anulus manakala, Planetarium Negara di Kuala Lumpur lokasi rasmi bagi Gerhana Matahari Separa.

Secara amnya, tempoh berlakunya gerhana di seluruh negara akan berlaku di antara jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang pada 26 Disember 2019. Tempoh fenomena 'cincin' atau 'Anulus' di Tanjung Piai adalah selama 2 minit 30 saat bermula jam 1:21 petang manakala tempoh fenomena 'cincin' atau 'Anulus' di bandar Serian adalah selama 3 minit 28 saat bermula jam 1:48 petang Waktu Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dijalankan di lokasi-lokasi rasmi termasuklan Ceramah Sains dan Bengkel Peralatan Melihat Gerhana, Lintas langsung atas talian atau Live Streaming Gerhana, Edaran Edu-kit Gerhana dan Pencerapan Gerhana untuk Awam. Himpunan sebanyak 2000 teleskop turut disasarkan bagi mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records.

     Jom kita ke hujung benua, saksikan gerhana!



Planetarium Negara

Hubungan media:

Amirah Fathiah binti Mohd Faisal
Pegawai Perhubungan Awam
Planetarium Negara
Tel: 03-2273 4303 samb. 143




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.