KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Sunday, 17 November 2019

Siaran Media: Dua fenomena astronomi berturutan pada 16 & 17 Julai 2019.

SIARAN MEDIA

PLANETARIUM NEGARA

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS,TEKNOLOGI,
ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)

DUA FENOMENA ASTRONOMI BERTURUTAN PADA 16 & 17 JULAI 2019


MATAHARI TEGAK DI ATAS KAABAH – 16 JULAI 2019 ( 5:27 PTG)

Pada Selasa, 16 Julai 2019, rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh mengesahkan arah kiblat dengan memerhatikan bayang-bayang Matahari yang dihasilkan oleh objek-objek tegak tepat pada jam 5:27 petang waktu Malaysia.

Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah di Mekah dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi pada waktu itu akan menghala ke arah Kaabah.

GERHANA BULAN SEPARA – 17 JULAI 2019 ( 4:01 PG – 6:59 PG )

Pada awal pagi Rabu 17 Julai 2019 pula akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa bermula pada jam 4:01 pagi dan akan berakhir pada jam 6:59 pagi waktu Malaysia. Gerhana pada kali ini akan mencapai maksimum pada jam 5:30 pagi di mana pada waktu itu hampir separuh permukaan Bulan akan dilindungi oleh bayang-bayang umbra Bumi.

Planetarium Negara akan dibuka kepada awam mulai jam 2:00 pagi pada 17 Julai ini dengan menyediakan beberapa buah teleskop untuk kemudahan orang awam yang berminat untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut.

Sebelum berlakunya Gerhana Bulan Separa, sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2:00 pagi.
  
Kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa dan juga planet-planet adalah juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa. 

   

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.