KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Thursday, 21 November 2019

Solar Fest Malaysia 2019

Kunjungi Solar Fest Malaysia 2019 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.




"Anulus” berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “cincin”. 

Ketika Gerhana Matahari Anulus, sebahagian kecil Matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari Bulan yang gelap ditengah-tengahnya.

Hampir separuh kawasan Bumi termasuk Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus pada 26 Disember 2019 (Khamis).

Gerhana Anulus bermula dari Arab Saudi kemudian ke India, Sumatra, Malaysia (Johor dan Sarawak), Singapura, Borneo dan akan berakhir di Lautan Pasifik.



Kawasan di luar lingkaran tengah yang di batasi garisan merah akan menyaksikan Gerhana Matahari separa dan berbeza-beza peratus litupan.

Planetarium Negara menjadikan Taman Negara Tanjung Piai sebagai lokasi rasmi pencerapan Gerhana Matahari Anulus di Malaysia kerana:

Kedudukan paling hampir fenomena Anulus paling lama dan sebagai The Most Southern Tip of Asia ia menjadi lokasi kunjungan pelancongan popular dunia.

MESTECC sebagai pusat rujukan negara dalam fenomena astronomi; Fenomena astronomi yang signifikan; dan Penglibatan seluruh rakyat, seluruh negara.

Menyediakan platform pendidikan dan penyelidikan, kaedah yang betul dan peralatan terbaik kepada masyarakat serta peluang kepada komuniti pelajar, penyelidik dan orang awam mengikuti fenomena alam semesta ini dengan lebih dekat.




Kunjungi Solar Fest Malaysia 2019 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.




Wednesday, 20 November 2019

Siaran Media - Program National Space Challenge Prime Minister's Trophy 2019


Kuala Lumpur, 24 Oktober - NATIONAL SPACE CHALLENGE PRIME MINISTER'S TROPHY 2019 (NSC 2019) yang bermula pada 21hb hingga 24hb Oktober 2019 di Planetarium Negara telah menutup tirainya pada hari ini.

Planetarium Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program ini sejak tahun 1997 dan tahun ini merupakan edisi yang ke-22 ia telah dilaksanakan.

"National Space Challenge Prime Minister's Trophy (NSC2019) yang dilaksanakan melalui pendekatan hands on, minds on, hearts on berperanan sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai murid untuk meminati STI dan menyokong inisiatif mengukuhkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)" kata YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim semasa Majlis Perasmian penutup NSC hari ini.

Juara NSC2019, SJKC Yuk Choy, Perak telah membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, sebuah teleskop, plak, pingat, edukit dan sijil kecemerlangan. Turut menerima hadiah pada NSC2019 kali ini ialah Naib Johan, SK Convent (2) Klang, Selangor; Tempat Ketiga, SJKC Shan Tao, Sabah; Tempat Keempat, SJKC Wen Khai, Pulau Pinang dan Tempat Kelima, SK Ayer Keroh Melaka yang menerima sebuah teleskop, plak, pingat, edukit dan sijl kecemerlangan. Selain itu, pemenang Pembentangan Terbaik Replika Pameran The Moon Gateway To The Stars, SK Convent (2) Klang, Selangor juga telah menerima hadiah berupa edukit dan sijil kecemerlangan.

MESTECC mengharapkan agar program seumpama ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bidang STEM sebagai suatu bidang yang amat diperlukan oleh negara amnya dan industri angkasa lepas di Malaysia secara khususnya pada masa depan. Seterusnya program ini juga diharapkan dapat memberi impak secara langsung kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan generasi muda khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup NSC2019 dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Turut sama hadir ialah Puan Anita Bahari, Pengarah Planetarium Negara,; YBhg. Datin Kasmah Abu Bakar, Penolong Pengarah Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Puan Norhayati Mustafa, Pegawai Meja Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.




Monday, 18 November 2019

Sunday, 17 November 2019

Siaran Media: Dua fenomena astronomi berturutan pada 16 & 17 Julai 2019.

SIARAN MEDIA

PLANETARIUM NEGARA

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS,TEKNOLOGI,
ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)

DUA FENOMENA ASTRONOMI BERTURUTAN PADA 16 & 17 JULAI 2019


MATAHARI TEGAK DI ATAS KAABAH – 16 JULAI 2019 ( 5:27 PTG)

Pada Selasa, 16 Julai 2019, rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh mengesahkan arah kiblat dengan memerhatikan bayang-bayang Matahari yang dihasilkan oleh objek-objek tegak tepat pada jam 5:27 petang waktu Malaysia.

Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah di Mekah dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi pada waktu itu akan menghala ke arah Kaabah.

GERHANA BULAN SEPARA – 17 JULAI 2019 ( 4:01 PG – 6:59 PG )

Pada awal pagi Rabu 17 Julai 2019 pula akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa bermula pada jam 4:01 pagi dan akan berakhir pada jam 6:59 pagi waktu Malaysia. Gerhana pada kali ini akan mencapai maksimum pada jam 5:30 pagi di mana pada waktu itu hampir separuh permukaan Bulan akan dilindungi oleh bayang-bayang umbra Bumi.

Planetarium Negara akan dibuka kepada awam mulai jam 2:00 pagi pada 17 Julai ini dengan menyediakan beberapa buah teleskop untuk kemudahan orang awam yang berminat untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut.

Sebelum berlakunya Gerhana Bulan Separa, sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2:00 pagi.
  
Kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa dan juga planet-planet adalah juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa. 

   

Siaran Media Gerhana Matahari Anulus - 26 Disember 2019

SIARAN MEDIA

PLANETARIUM NEGARA

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR dan PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)


SIDANG MEDIA GERHANA MATAHARI ANULUS - 26 DISEMBER 2019

(ISNIN) 21 OKTOBER 2019 - Pada 26 Disember 2019, rakyat Malaysia akan sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena Astronomi yang jarang-jarang berlaku di Malaysia iaitu Gerhana Matahari Anulus. Fenomena Gerhana Matahari Anulus ini pernah terjadi dalam tempoh 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor.

"Anulus" merupakan perkataan Latin yang bermaksud "cincin'. Ketika gerhana mencapai fasa maksimumnya, bahagian luar Matahari masih kelihatan dan tidak terlindung sepenuhnya oleh Bulan. Lingkaran nipis bahagian luar Matahari kelihatan seolah-olah melingkari Bulan yang kelihatan gelap menutupi bahagian dalam Matahari. Lingkaran nipis bahagian luar Matahari pada ketika itu berbentuk seperti "cincin" dan oleh yang demikian, Gerhana Matahari Anulus juga dikenali sebagai Gerhana Matahari Cincin.

Walau bagaimanapun, fenomena Gerhana Matahari Anulus ini hanya dapat disaksikan dari bahagian selatan negeri Johor dan barat Sarawak sahaja, manakala kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia hanya dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa sahaja.

Planetarium Negara telah memilih Tanjung Piai yang juga terkenal dengan jolokan "Penghujung Paling Selatan Tanah Besar Benua Asia' di Daerah Pontian, Johor dan Bandar Serian di Sarawak sebagai lokasi rasmi Program Gerhana Matahari Anulus manakala, Planetarium Negara di Kuala Lumpur lokasi rasmi bagi Gerhana Matahari Separa.

Secara amnya, tempoh berlakunya gerhana di seluruh negara akan berlaku di antara jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang pada 26 Disember 2019. Tempoh fenomena 'cincin' atau 'Anulus' di Tanjung Piai adalah selama 2 minit 30 saat bermula jam 1:21 petang manakala tempoh fenomena 'cincin' atau 'Anulus' di bandar Serian adalah selama 3 minit 28 saat bermula jam 1:48 petang Waktu Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dijalankan di lokasi-lokasi rasmi termasuklan Ceramah Sains dan Bengkel Peralatan Melihat Gerhana, Lintas langsung atas talian atau Live Streaming Gerhana, Edaran Edu-kit Gerhana dan Pencerapan Gerhana untuk Awam. Himpunan sebanyak 2000 teleskop turut disasarkan bagi mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records.

     Jom kita ke hujung benua, saksikan gerhana!



Planetarium Negara

Hubungan media:

Amirah Fathiah binti Mohd Faisal
Pegawai Perhubungan Awam
Planetarium Negara
Tel: 03-2273 4303 samb. 143




15 traits of ideal co-workers.

Sumber artikel disediakan oleh Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Artikel SPPsi



Sekian, terima kasih.

Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Artikel SPPsi

Monday, 4 November 2019

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog