Dimaklumkan bahawa Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) telah melanggan Pangkalan Data OpenAthens dan e-Jurnal
untuk kegunaan warga MOSTI serta Jabatan dan Agensi di bawahnya. Tempoh
langganan pangkalan data ini adalah selama 24 bulan mulai 1 November
2019 sehingga 31 Oktober 2021.
Pangkalan data ini merupakan direktori yang menyediakan akses
kepada 32 e-jurnal yang dipilih bagi memenuhi keperluan maklumat warga
MOSTI, jabatan dan agensi. Ia boleh diakses dari dalam dan luar negara
melalui kaedah single sign-on
tanpa had penggunaan. ID pengguna dan kata laluan yang telah disediakan
untuk diakses oleh pengguna.
Bersama-sama ini juga disertakan poster untuk rujukan semua.
Bagi pengunjung Kutubkhanah Mini Planetarium Negara sila guna Login Id & Password yang disediakan di bawah:
Jika terdapat pertanyaan berkenaan e-jurnal ini, boleh hubungi Pembantu Perpustakaan Kutubkhanah Mini Planetarium Negara
melalui e-mel yatt@planet.gov.my @ pustakaplanet@gmail.com untuk
maklumat lanjut.
PERINGATAN:
- 1 username / ID disediakan bagi seorang pengguna SAHAJA.
- 1 Username / ID tidak boleh digunakan secara serentak dalam pelbagai
platform.
- Pengguna dinasihati agar TIDAK mengubah 'password' yang sedia ada
bagi mengelakkan kesukaran kebolehcapaian / accessability ke dalam
portal jurnal di masa hadapan.
- SILA GUNA DENGAN BERHEMAH.
Sekian, terima kasih.