KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Saturday, 11 March 2023

Hebahan Pangkalan Data: OokBee Buffett: Baca Tanpa Had

 

1. UNTUK MENDAFTAR PENGGUNA BAHARU:https://corporate.ookbee.com/pnm

pastikan emel sama dengan emel semasa mendaftar masuk laman web U-Pustaka.

 

2. LOG MASUK BAGI PENGGUNA YANG SUDAH MENDAFTAR:https://my.ookbee.com/

Ookbee Buffet: Baca Tanpa had

Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini:- Video 1 | Video 2 .


[ Tahap Akses / Panduan Mengakses : Akses tanpa had seluruh negara - Untuk ahli berdaftar u-Pustaka sahaja. Untuk pengguna kali pertama Ookbee, sila klik pada logo Ookbee untuk memulakan akses dan mengaktifkan akaun Ookbee anda di portal Corporate Ookbee. 

Kemudian, sila masukkan alamat e-mel (e-mel yang anda gunakan semasa anda mendaftar sebagai ahli u-Pustaka) dan kemudian klik butang "Aktifkan" untuk tujuan pengaktifan akaun Ookbee anda. 

Masukkan butiran peribadi anda seperti dipapar di skrin halaman Pendaftaran dan kemudian klik butang Register. 

Semak e-mel anda. Anda sejurus selepas itu akan menerima e-mel dari sistem portal Ookbee yang akan meminta anda untuk klik pada pautan yang disediakan di emel untuk pengaktifan akaun Ookbee anda (hanya perlu klik pada butang "Klik Sini" di atas imej yang diberikan Ookbee pada e-mel). 

Setelah pengaktifan berjaya, anda perlu cari dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Ookbee Buffet dari iTunes Store (untukpengguna iPhone / iPad / peranti Apple) ATAU dari Play Store (untuk penggunaperanti Android)

Selepas pemasangan berjaya, sila lancarkan aplikasi Ookbee Buffet di telefon pintar/tablet anda. Dari aplikasi mudahalih Ookbee Buffet , anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan alamat e-mel anda (e-mel yang anda gunakan semasa mendaftar sebagai ahli u-Pustaka) dan kata laluan u-Pustaka anda. 

Kemudian, barulah anda akan dapat memuat turun dan membaca sebarang koleksi e-buku/e-majalah/e-surakhabar yang telah disediakan di halaman Ookbee Buffet kami, di telefon pintar/tablet anda.]

Untuk lebih kefahaman, sila klik SINI untuk menonton video langkah demi langkah tatacara mengakses pangkalan data Ookbee Buffet.]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.