KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Thursday 9 May 2019

Kempen "Jom Derma Buku"


Sila lawati MASTIC di sini: mastic.mestecc.gov.my/home

Assalamu’alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

KEMPEN ‘JOM DERMA BUKU’

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,  Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Februari 2019 telah bersetuju untuk melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang bertemakan #MALAYSIAMEMBACA yang bertujuan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia menjelang 2030.

3.      Bagi menyokong pelaksanaan DMK, Perpustakaan MESTECC bercadang untuk mewujudkan satu sudut bacaan di Lobi C5 yang akan dikenali sebagai ‘Lanai Baca’.  Sehubungan itu, satu kempen ‘Jom Derma Buku’ akan dilaksanakan bagi mendapatkan bahan bacaan terpakai daripada warga MESTECC.  Kempen ini akan berlangsung bermula 8 Mei hingga 28 Jun 2019.  YBhg. Datuk Seri Dr./Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan boleh menghantar sumbangan bahan bacaan terpakai ke Perpustakaan MESTECC, Aras 4, Blok C5, MESTECC.  Semua sumbangan bahan bacaan akan diletakkan di Lanai Baca, Aras 1 Lobi C5 MESTECC. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, YBhg. Datuk Seri Dr./Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi kami ditalian 03-8885 8099 / 8098 / 8100.

4.      Semoga semua sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pengunjung MESTECC.  Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk Seri Dr./Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kempen ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian.


#JomBaca10Minit #MalaysiaMembaca #BangsaMembacaBangsaBerjaya #DekadMembacaKebangsaan #KLWBC2020
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.