KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Friday 12 April 2019

Program Citra Angkasa 2019 Siri 2, 15 April 2019 (Isnin)

 


Program Citra Angkasa 2019 merupakan program usahasama antara Planetarium Negara, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tujuan utama program ini adalah untuk memasyarakatkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara holistik terutamanya kepada golongan pelajar di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Program ini juga sebagai inisiatif UKM dalam menggalakkan perkongsian pengetahuan antara warga UKM bersama pihak sekolah dan masyarakat.

Siri pertama telah diadakan pada 25 Februari 2019 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Seramai 80 orang murid dari Victoria Institution (VI) dan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur telah menyertai program ini. Turut terlibat ialah 20 orang mahasiswa dari UKM yang menjadi fasilitator program.

Siri kedua Program Citra Angkasa 2019 akan diadakan pada 15 April 2019. Program ini melibatkan seramai 80 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2).

Bertemakan ‘Let’s Explore the Solar System’, antara aktiviti yang akan dijalankan ialah  aktiviti Teknologi Pelancaran Roket;
  • tayangan filem angkasa “Earth, Moon & Sun”;
  • aktiviti “Treasure Hunt in the Planetarium”; dan
  • perkongsian pengalaman “Journey to Space” oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Adalah diharapkan program ini dapat membangun, memupuk dan menggilap bakat dikalangan generasi muda dalam melahirkan lebih ramai sainstis, jurutera dan teknokrat dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut Program Citra Angkasa 2019 di Facebook: Citra STEM

15 April 2019

Planetarium Negara, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.