KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Saturday, 28 December 2019

Solstis Disember - 23 Disember 2019

SOLSTIS DISEMBER  
PERISTIWA TENGAHARI TANPA BAYANG DI GARISAN JADI



Pada Isnin, 23 Disember 2019 mulai jam 12:19 tengahari, Matahari akan berada betul-betul di atas Garisan Jadi iaitu garisan latitud 23.5 darjah Selatan untuk tempoh selama satu hari. Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Jadi seperti Reo Di Janeiro, Brazil dan Madagascar akan mengalami peristiwa tengahari tanpa bayang.
 

Tuesday, 10 December 2019

7 Awesome Websites for Downloading Free PDF Books (2019)

7 Awesome Websites for Downloading Free PDF Books (2019):

Reading is a pleasant activity. It is more enjoyable if you can read a lot of books without paying a cent. Now we share a list of websites to download books in PDF to help you read with more fun.

Thanks LightPDF.com

Hujan Meteor Geminids



Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Geminids pada waktu malam dari 4 hingga 17 Disember 2019.

Hujan Meteor Geminids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 2 meteor seminit atau 120 meteor sejam pada Sabtu, 14 Disember 2019, jam 08:30 malam.

Bagi yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya dan sebaik-baiknya memerhatikan langit dalam keadaan baring.

Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj #Gemini yang terletak di langit sebelah Utara.

#geminids #meteorshower #MESTECC #STEM #planetariumnegara #astronomi #sainsangkasa

Maklumat lanjut: Hujan Meteor Geminids


Monday, 9 December 2019

Koleksi terbaru Disember 2019 : e-book / e-mag

Berikut adalah sumber bahan bacaan/rujukan untuk pengetahuan dan pendidikan umum.
Klik pada tajuk majalah untuk bacaan selanjutnya.

Koleksi Digital > E-mag
  1. Astronomy December 2019
  2. BBC Focus December 2019
  3. Computer Arts December 2019
  4. Free Astronomy Magazine  Nov-Dec 2019
  5. How It Works Issue 132 2019
  6. New Scientist 30 Nov – 6 Dec 2019
  7. New Scientist 14 Dec. 2019
  8. PC Magazine December 2019
  9. Popular Mechanics SA December 2019
  10. Reader’s Digest UK December 2019
  11. Sky News Nov-Dec 2019
  12. The Scientist December 2019


#DemiMasa #JomBacaBersama10Minit #MalaysiaMembaca #BangsaMembacaBangsaBerjaya #DekadMembacaKebangsaan #KLWBC2020
* p/s: tajuk lain akan menyusul. terima kasih atas kesabaran ANDA SEMUA!!! :-) 

helpless and dauntless

Sumber artikel disediakan oleh Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Artikel SPPsi



Sekian, terima kasih.

Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Artikel SPPsi

 

Monday, 2 December 2019

Thursday, 21 November 2019

Solar Fest Malaysia 2019

Kunjungi Solar Fest Malaysia 2019 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.




"Anulus” berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “cincin”. 

Ketika Gerhana Matahari Anulus, sebahagian kecil Matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari Bulan yang gelap ditengah-tengahnya.

Hampir separuh kawasan Bumi termasuk Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus pada 26 Disember 2019 (Khamis).

Gerhana Anulus bermula dari Arab Saudi kemudian ke India, Sumatra, Malaysia (Johor dan Sarawak), Singapura, Borneo dan akan berakhir di Lautan Pasifik.



Kawasan di luar lingkaran tengah yang di batasi garisan merah akan menyaksikan Gerhana Matahari separa dan berbeza-beza peratus litupan.

Planetarium Negara menjadikan Taman Negara Tanjung Piai sebagai lokasi rasmi pencerapan Gerhana Matahari Anulus di Malaysia kerana:

Kedudukan paling hampir fenomena Anulus paling lama dan sebagai The Most Southern Tip of Asia ia menjadi lokasi kunjungan pelancongan popular dunia.

MESTECC sebagai pusat rujukan negara dalam fenomena astronomi; Fenomena astronomi yang signifikan; dan Penglibatan seluruh rakyat, seluruh negara.

Menyediakan platform pendidikan dan penyelidikan, kaedah yang betul dan peralatan terbaik kepada masyarakat serta peluang kepada komuniti pelajar, penyelidik dan orang awam mengikuti fenomena alam semesta ini dengan lebih dekat.




Kunjungi Solar Fest Malaysia 2019 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.




Wednesday, 20 November 2019

Siaran Media - Program National Space Challenge Prime Minister's Trophy 2019


Kuala Lumpur, 24 Oktober - NATIONAL SPACE CHALLENGE PRIME MINISTER'S TROPHY 2019 (NSC 2019) yang bermula pada 21hb hingga 24hb Oktober 2019 di Planetarium Negara telah menutup tirainya pada hari ini.

Planetarium Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program ini sejak tahun 1997 dan tahun ini merupakan edisi yang ke-22 ia telah dilaksanakan.

"National Space Challenge Prime Minister's Trophy (NSC2019) yang dilaksanakan melalui pendekatan hands on, minds on, hearts on berperanan sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai murid untuk meminati STI dan menyokong inisiatif mengukuhkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)" kata YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim semasa Majlis Perasmian penutup NSC hari ini.

Juara NSC2019, SJKC Yuk Choy, Perak telah membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, sebuah teleskop, plak, pingat, edukit dan sijil kecemerlangan. Turut menerima hadiah pada NSC2019 kali ini ialah Naib Johan, SK Convent (2) Klang, Selangor; Tempat Ketiga, SJKC Shan Tao, Sabah; Tempat Keempat, SJKC Wen Khai, Pulau Pinang dan Tempat Kelima, SK Ayer Keroh Melaka yang menerima sebuah teleskop, plak, pingat, edukit dan sijl kecemerlangan. Selain itu, pemenang Pembentangan Terbaik Replika Pameran The Moon Gateway To The Stars, SK Convent (2) Klang, Selangor juga telah menerima hadiah berupa edukit dan sijil kecemerlangan.

MESTECC mengharapkan agar program seumpama ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bidang STEM sebagai suatu bidang yang amat diperlukan oleh negara amnya dan industri angkasa lepas di Malaysia secara khususnya pada masa depan. Seterusnya program ini juga diharapkan dapat memberi impak secara langsung kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan generasi muda khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup NSC2019 dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Turut sama hadir ialah Puan Anita Bahari, Pengarah Planetarium Negara,; YBhg. Datin Kasmah Abu Bakar, Penolong Pengarah Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Puan Norhayati Mustafa, Pegawai Meja Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.




Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog