KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

#planetariumnegara #mosti #terukirdibintang #keytothespace #astronomi360 #merakyatkansains #menginsankanteknologi

DISCLAIMER

Disclaimer - This site is only for educational purposes and not for profit. Some images are copyrighted to their respective owners. Some contents cited is derived from their respective sources. Please use it wisely.

Kutubkhanah (كتبخانه) Planetarium Negara - Katalog

Thursday, 22 October 2020

Info@Planetarium 59: Jam Matahari

Jam matahari di Planetarium Negara telah dibuat dari jenis Ekuatorial Semi – Bulatan atau jika merujuk kepada teks luar negeri ianya juga dikenali sebagai Helliochronometer. 

Rekaan jam matahari ini asalnya diilhamkan daripada jam matahari jenis silinder, ekuatorial dan beberapa jenis lagi. 

Binaan geometri jam ini membuatkan ianya sesuai digunakan sepanjang tahun dan sebarang tempat.

Memandangkan Malaysia berada di kawasan berhampiran dengan Khatulistiwa maka jenis ini adalah yang paling sesuai untuk dibina dan dipraktikkan. 

Binaan ini juga adalah menyamai semua jenis jam matahari yang lain. 

Ianya cukup stabil dengan berat badannya dan mempunyai mesin selisih waktu (pembetulan e) yang dapat membetulkan waktu kepada minit masa yang hampir.

Satu (1) rod berwarna kuning dijadikan sebagai jarum penunjuk (gnomon) waktu.

Dengan kejituan binaan jam matahari ini dapat menghitung masa hingga kepada tiga (3) minit yang hampir.

Jam matahari ini memberikan waktu piawai Malaysia kerana kita telah membuat sedikit pengubahsuaian pada plat dailnya. 

Jam matahari jenis ini memang terkenal di seluruh dunia dan ianya pernah digunakan di Perancis untuk melaraskan masa perjalanan keretapi di sana pada lewat tahun 1900.

#Astronomi
  #Kitajagakita 
#Planetariumnegara
 
#terukirdibintang

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.