PROMOSI KOLEKSI MONOGRAF MALAYSIANA TERPILIH Merujuk kepada perkara di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Koleksi
Monograf Malaysiana Terpilih Bil. 11/2019 iaitu Ensiklopedia
Perbidanan Melayu: sebuah perbendaharaan ilmu perubatan dan penjagaan kesihatan karangan Anisah
Barakbah dan "So you think I'm funny?":
Tun Dr. Mahathir Mohamad karangan Bernice
Narayananuntuk makluman dan
rujukan YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan. Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun koleksi berkenaan. https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/55T7rT7GYPynNGM Koleksi Monograf berkenaan
boleh dirujuk di Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara, Aras 7 & 8, Menara Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia.
Sekian,
terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA" Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara Perpustakaan Negara Malaysia Tel: 03 2687 1817/1836
EDARAN PROMOSI SUMBER
ELEKTRONIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) menyediakan Perkhidmatan
Sumber Elektronik yang terdiri daripada rujukan bahan sumber
media (CD/DVD/Blu-Ray) dan juga akses kepada sumber dalam talian (Perkhidmatan
u-Pustaka) dalam pelbagai bidang perkara. Bersama - sama ini dilampirkan poster promosi eBuku pilihan
pangkalan dalam data Ookbee Buffet sempena Hari Ibu yang boleh diakses melalui
portal u-Pustaka di http://www.u-pustaka.gov.my.
Kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membantu
mempromosi serta menggalakkan penggunaan Perkhidmatan Sumber Elektronik PNM
dikalangan pengguna perpustakaan amat dihargai.
Dimaklumkan
bahawa Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah
Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) dengan kerjasama Puspanita PNM dan Kelab
PNM akan mengadakan Program WORLD#QuranHour 2019 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Mei 2019 bersamaan 25 Ramadan 1440 (Khamis)
Tempat : Auditorium & Ruang Santai serta Bilik Serbaguna, PNM
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam
Program ini akan dijalankan menerusi 3 segmen seperti berikut :
Segmen I - 9.00 pg - 12.30 t/hari (Majlis Perasmian)*( Majlis Perasmian dijangka akan dirasmikan oleh YBTM MOTAC)
Segmen II - 12.30 t/hari - 5.30 ptg. (Sesi Taddarus - Majlis Ilmu)
Segmen III - 6.00 ptg - 10.00 mlm (Ihya Ramadan - Majlis Berbuka Puasa - Solat Sunat Tarawih)