KL Weather Forecast

KUALA LUMPUR WEATHER

PN Google Calendar

Monday, 8 December 2025

Info@Planetarium 263: Hujan Meteor Geminids

 Info@Planetarium 263: Hujan Meteor Geminids


Maksimum malam 14 Disember hingga awal pagi 15 Disember.


Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Geminids pada waktu malam dari 4 hingga 20 Disember 2025.

Hujan Meteor Geminids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 120 meteor sejam atau 2 meteor seminit pada malam Ahad, 14 Disember 2025 sehingga menjelang awal pagi 15 Disember 2025.

Bagi yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya. Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj Gemini yang terletak di langit sebelah Utara.

Selamat mencerap.

*E-book Kalendar Astronomi boleh dimuatturun melalui pautan berikut: https://shorturl.at/Kav6I

#geminids #meteor #cerapanplanetarium #syoknyaastronomi
#planetariumnegara #mosti
#terukirdibintang #keytothespace #astronomi360
#MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusPerdanakanInovasi
#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #TaatSetia #RancakkanMADANI

Friday, 5 December 2025

Waktu Operasi Planetarium Negara

Makluman:

𝐏𝐥𝐚𝐧𝐞𝐭𝐚𝐫𝐢𝐮𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐜𝐮𝐭𝐢 𝐮𝐦𝐮𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢,
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚,
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧,
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚, 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧,
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠.

Waktu Operasi Planetarium Negara
HARI BUKA: SELASA HINGGA AHAD
MASA: 9:00 PAGI HINGGA 4:30 PETANG

Maklumat lanjut boleh disemak di pautan berikut: https://www.planetariumnegara.gov.my/#/operating-hour




Thursday, 4 December 2025

Bulan di Apogi dan Perigi Disember 2025

Berapakah jarak di antara Bulan dan Bumi ketika Fasa Perigi & Apogi?

Ketahui jawapan di
𝐈𝐧𝐟𝐨@𝐏𝐥𝐚𝐧𝐞𝐭𝐚𝐫𝐢𝐮𝐦 𝟐𝟔𝟐: 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓


4 Disember 2025 (Khamis), pukul 7:06 petang
Bulan berada di kedudukan Perigi. Jarak antara Bulan dan Bumi pada ketika itu adalah 356,692 km. Fasa Bulan sabit hampir purnama (Moon phase: Waxing Gibbous).

17 Disember 2025 (Rabu), pukul 2.49 petang
Bulan berada di kedudukan Apogi.
Jarak antara Bulan dan Bumi ketika itu adalah 406,324 km. (Fasa Bulan sabit menyusut/semakin pudar) (Moon phase: Waning Crescent).

𝐏𝐞𝐫𝐢𝐠𝐢/𝐏𝐞𝐫𝐢𝐠𝐞𝐞: 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐛𝐢𝐭.

𝐀𝐩𝐨𝐠𝐢/𝐀𝐩𝐨𝐠𝐞𝐞: 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐛𝐢𝐭.

𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.